PUISI SEPI..
Langit telah pudar bercampur unggu dan kelabu,
Dia masih saja disitu, berdiri atas seketul batu
Diam berdiri tajam memerhati menembusi rongga ilmu,
Dia masih saja disitu, berdiri atas seketul batu
Diam berdiri tajam memerhati menembusi rongga ilmu,
Matanya hanya tersenyum melihat jeritan dari Akal fikirnya
Bibirnya masih terkunci, manakala Hatinya telah pun lama pergi,
Bibirnya masih terkunci, manakala Hatinya telah pun lama pergi,
Tatkala Matahari membenamkan keujudannya disebalik bukit yang tegap dan hitam, tiba tiba jiwanya perlahan melintas dan menjeling, sempat jua ianya menyapa dengan satu sindiran yang halus,
"Oh.. inikah yang kau mahukan ya Tuhan ku?, baiklah
Aku pun akan segera bersetuju, kerana itulah 'kelakuannya' si Tuhan -Tuhan mereka itu.."
Aku pun akan segera bersetuju, kerana itulah 'kelakuannya' si Tuhan -Tuhan mereka itu.."
"Biar payau, biar pahit, biar pedih sakit, biar nafas tersekat sekat, namun akan ku pupuk kembali gema doa telah pun terkubur di hasratku... ini kah rupanya, hanya sebeginikah rupanya, setelah segalanya ku pasrah kedalam kejujuranku ..."
Dia terus berdiam, hanya membiarkan mata batinnya yang masih beria mengejar bayang bayang semalam.
"Oh Ya Allah bertapanya engkau maha cemburu.. begitu sanggupnya Engkau membutakan sesiapa sahaja yang telah ku rapatkan hati ku.., Beginikah kau mencaturkan sebaglanya, hanya sebeginikah jalan Mu bagi membuktikan kekuasaan yang ada pada rasa cemburu Mu kepada ku.."
"Baiklah Ya Tuhan ku, akan ku lepaskan Tuhan Tuhan mereka bersama kehendaknya... Baiklah, bersabarlah Kau wahai Tuhan ku, Aku ku tundukkan kepala ku dari terus memuja Tuhan Tuhan mereka itu.. Bersabarlah ya Tuhan Ku.."
Sebeberapa saat kemudian suasana sekeliling menjadi kelam gelap gelita yang tinggal hanyalah matanya yang masih saja tersenyum memerhati kekalutan Akal dan kegelihan rasa yang telah di lepaskan oleh Hati..


No comments:
Post a Comment