Wednesday, 10 January 2018

RAHSIA DI DALAM RAHSIA

RAHSIA DI DALAM RAHSIA
__________________________________
Ketahuilah olehmu wahai sahabatku, bahawa HU.. Di dalam ilmu Makrifat dinamakan sebagai ISMUL JALALLAH, iaitu nama tentang keadaan Maha Tinggi yang awal-awal telah ada dengan sendirinya, iaitu yang LAISA adanya.
__________________________________
Bahawa, HU.. Di dalam Ilmu Hakikat bermakna tentang keadaan yang Maha Esa yang awal-awal telah ada sebelum segala sesuatu.
__________________________________
Bahawa, HUWA.. Adalah diri Muhammad (AHMAD) yang awal-awal telah ada yakni Al Insanul Kamil yang Maha Suci dan sempurna.
__________________________________
Keadaan Allah yang sebenarnya ini sungguh-sungguh sangat dirahsiakan, Bahawa Allah itu hanya nama Kebesaran Puji bagi Al Insanul Kamil … “AINUL MUHAMMAD” ...
__________________________________
Berpeganglah pada pendirianmu… tetap.
Jangan berubah lagi.. sampai akhir hayat.

No comments:

Post a Comment