Tuesday, 9 January 2018

QIAM

QIAM
Adapun hakikatnya:
Berdiri(ihram= matikan diri yakni keakuan) itu kerana huruf ALIF asalnya dari API, bukan api pelita dan bukan api bara . Adapun ertinya API itu bersifat JALALULLAH , yang artinya sifat KEBESARAN ALLAH TA'ALA ,yang terdiri atas dua perkara :
- KUAT
- LEMAH
Yang merupakan kudrat iradatnya juga, kerana hamba itu tidak mempunyai KUAT dan LEMAH kerana hamba itu di- KUAT- kan dan di- LEMAHKAN-kan oleh ALLAH, bukannya kudrat dan iradat ALLAH itu lemah . Adapun kepada hakikatnya yang sifat lemah itu shalat pada sifat kita yang baharu ini. Adapun yang dihilangkan tatkala BERDIRI itu adalah segala afaal hamba yang baharu.

No comments:

Post a Comment