Tuesday, 16 January 2018

Pekerjaan dan rezeki

Pekerjaan dan rezeki
Kita selalu tersilap atau tersalah faham, apabila dikatakan bekerja maka selalu mengaitkan dengan rezeki, apabila dikatakan rezeki maka kita selalu mengaitkan dengan pekerjaan. Apakah benar begitu?. Jawapanya salah teramat salah sama sekali. Kerana pekerjaan itu adalah salah satu ibadah bagi orang yang beriman, dan rezeki itu urusan Allah bukan kerana pekerjaan. Apabila pekerjaan itu menjadi ibadah maka kewajipan kita untuk mencari keredhaannya bukan untuk mendapatkan rezeki. Rezeki itu Allah telah aturkan untuk seluruh makhluknya tak perlu dikhuatirkan kita hanya perlu bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam surah Ath Thalaaq.
Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya dia mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya . Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap tiap sesuatu.(ayat:2-3)
Tetapi kita selalu bergantung pada dunia maka kita lupa bahawa pekerjaan itu ibadah bukan pembawa atau pemberi mahupun penentu rezeki kita . Kerana itulah ramai menjadi hamba dunia bertuhankan dunia , kerana berkeyakinan rezeki itu melalui pekerjaan. Ingatlah pekerjaan itu ibadah maka mohonlah keredhaan Allah, dan rezeki itu urusan Allah maka bertakwalah kita kepada Allah.

No comments:

Post a Comment