Sunday, 7 January 2018

niat itu tempatnya di HATI

Bahawa niat itu tempatnya di HATI , tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus melaksanakan. QASAD menunjukan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan.
TAKRID menentukan ZAT akan SIFATNYA dan kepada yang disifatkan
TA'AYUN sebenar benarnya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID takbiratul ihram Aku kepada sifat yang disifatkan.
Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaye SOLAT bukan lagi ENGKAU tetapi AKU ZAT yang melahirkan kerja Aku dalam rupaku yakni sifatku yang nyata dalam kelakuan hambaKu . Engkau tiada tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas kurnia dan rahmat AKU semata mata.
Kenapa engkau merasa ada ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah AKU semata mata !!!. Yang mengerjakan kelakuanmu itu AKU atas kudrat dan iradatku . Yang menentukan waktu pun AKU , AKU punya ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku . AKU sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan AKU memuji DIRIKU diatas lidahmu wahai hambaku.
Jangan sekali kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiku . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKU yang FAKIR berhak menerima pemberianku .

No comments:

Post a Comment