Saturday, 13 January 2018

lain dilidah lain dihati

Kita sebagai manusia hanya dapat mengetahui perkara yang zahir sahaja itu pun setelah berlaku, itu pun kekadang bukan seratus peeatus yang sebenar. Allah dari cara kita memandang sesuatu pun dia sudah mengetahui apa lagi isi hati kita. Seperti firman Allah didalam surah Al Ghafir:
Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (ayat:19)
Maka ingatlah jangan sesekali lain dilidah lain dihati , kelak celaka menimpa diri. Biar bodoh asal apa yang dilidah sama dengan hati. Perbuatan biar sama dengan hati. Ingatlah disisi Allah semuanya jelas tiada tersembunyi.

No comments:

Post a Comment