Tuesday, 16 January 2018

Hidup Kita kerana hidupnya Muhammad

Hidup Kita kerana hidupnya Muhammad dalam alam batang tubuh kita, hidupnya Muhammad dalam batang tubuh kita kerana Hayat Nya Allah Taala . Jika tidak hidup Muhammad dalam alam batang tubuh kita, maka tidak nyata Hayat Nya Allah taala . Bukan kita yang hidup melainkan Muhammad.
Tahu Kita kerana tahunya Muhammad pada hati kita , Tahunya Muhammad pada hati kita dengan Ilmu Nya Allah taala . Jika tidak tahu Muhammad pada hati kita, maka tidak nyata Ilmu Nya Allah taala . Bukan kita yang tahu melainkan Muhammad.
Kuasa kita kerana kuasa Muhammad pada tulang kita dengan Qudrat Nya Allah taala . Jika tidak kuasa Muhammad pada tulang kita, maka tidak nyata Qudrat Nya Allah taala bukan kita yang berkuasa melainkan Muhammad
Berkehendak Kita kerana kehendak Muhammad pada nafsu kita dengan Iradat Nya Allah taala . jika tidak berkehendak Muhammad pada nafsu kita , maka tidak nyata Iradat Nya Allah taala. Bukan kita yang berkehendak melainkan Muhammad.

No comments:

Post a Comment