Thursday, 18 January 2018

hi m

Ketika Maha Guru Sufi Junaid Al-Baghdadi memerintahkan Mansur Al-Hallaj datang mengadapnya adalah demi menasihatkan agar muridnya itu berhati-hati dari mengucapkan ‘Ana Al-Haq’ kerana ucapan itu boleh menimbulkan fitnah besar. ‘Ana Al-Haq’ mempunyai dua maksud tersirat yakni kepada Diri Yang Benar atau Diri Yang Sebenar-benar Diri iaitu Wujud Rabbul Izzati yang bernama AKU (bukan Akunya manusia yang diistilahkan kepada roh kerana roh itu hanyalah bayangan yang ditajallikan dari Zat Allah Yang Maha Ada).
‘Ana Al-Haq’ itu berasal dari kalimat Al-Qur’an iaitu “Lailaha Illa Ana” yang bermaksud “Tiada Tuhan kecuali AKU. AKU atau Ana Al-Haq itu muncul dari DIRI YANG MAHA GHAIB yang disebut Ahadiyat Ghuyub Al-Ghuyub (DIA Yang Tersembunyi atau Batin dalam DiriNya Sendiri tanpa diketahui. Setelah DIA Yang Tersembunyi itu keluar dari DiriNya maka DIA pun menyatakan “Ana Allah Lailaha Illa Ana” – “Sesungguhnya AKUlah Allah, Tiada Tuhan melainkan AKU.
Justeru apabila DIA menyaksikan ketika itu tiada yang ada kecuali WujudNya sahaja sebagai Ariful Wujud maka DIA pun menyatakan ‘Ila’ lalu menciptakan ‘yang lain’ supaya ada yang bersujud dan beribadah kepadaNya. Pertama-tama yang dizahirkanNya adalah Haqiqat Muhammad. Haqiqat Muhammad itu umpama cermin yang membayangkan DiriNya berada di dalamnya itulah AKU – Haqiqat bagi segala Haqiqat atau disebut Jauhar Al-Haqaiq.
Akan tetapi Mansur Al-Hallaj menjawab kepada gurunya Junaid Al-Baghdadi bahwa pengucapan ahwalnya itu memang sukar untuk dikawal. Sesungguhnya ada dua orang murid Junaid Al-Baghdadi yang pada ketika itu mengalami ahwal pengucapan ‘Ana Al-Haq’, iaitu Al-Syibli dan Mansur Al-Hallaj.
Namun pada tanggapan masyarakat Baghdad di zaman itu, apabila Mansur Al-Hallaj yang mengucapkan ‘Ana Al-Haq’ maka dituduh kepadanya seorang yang kafir. Sebaliknya pula kepada Al-Syibli bebas dari tuduhan kafir dan menganggapnya sebagai orang yang tidak siuman sepertimana istilah orang Melayu ‘gila isim’. Kenapa?
Ada dua faktor jawabannya di sini. Pertama Al-Syibli yang bebas dari tuduhan kafir adalah disebabkan dirinya di dalam keadaan mabuk spiritual yang keterlaluan hingga menyebabkan hilang seluruh pancaindera kesedarannya.
Para ulama syariat memfatwakan bahwa orang yang tidak sedarkan diri atau gila semasa mengucapkan Akulah Tuhan adalah tidak bersalah maka tidak boleh dijatuhkan hukuman. Akan tetapi apabila Mansur Al-Hallaj yang mengucapkan ‘Ana Al-Haq’ bahwa dirinya masih di dalam keadaan sedar dan terkawal. Malahan Mansur Al-Hallaj adalah seorang yang mempunyai daya kematangan intelektual yang tinggi dan penuh kewarasan.
Sebenarnya peringkat yang diduduki oleh Al-Syibli itu adalah baru di maqam fana. Al-Syibli belum lagi terlepas dari maqam fana seperti Mansur Al-Hallaj.
Sedangkan Mansur Al-Hallaj sudah mencapai maqam Baqa yakni kekal bersama-sama Allah setelah memfanakan dirinya dari sifat kemakhlukan. Mansur Al-Hallaj sedar akan apa yang diucapkannya itu tetapi yang menzahirkan ucapan Ana ‘Al-Haq’ itu sebenarnya bukan datang darinya tetapi datang dari Zat Allah itu sendiri yang berada di martabat Wajibal Wujud. Martabat Wajibal Wujud ertinya seseorang yang menyedari bahwa dirinya tidak memiliki wujud sebenar maka kewujudannya itu adalah Wujud Zat Allah yang berada di dalam hakikat dirinya maka itulah disebut Wajibal Wujud atau wujud yang tampak nyata adanya. Wujud di peringkat rohani disebut Mumkinul Wujud. Wujud di peringkat rahsia disebut Mumta’inul Wujud. Dan Wujud di peringkat makrifat disebut Ariful Wujud.
Selanjutnya Junaid Bagdadi berkata kepada muridnya Mansur Al-Hallaj, “Aku lihat di alam musyahadahku sekeping papan berwarna merah darah. Dan darah itu adalah darah kamu sendiri!”
Mendengarkan ucapan gurunya itu, Mansur Al-Hallaj tersenyum. “Wahai tuan guru, pada ketika itu tuan sendiri telah menanggalkan jubah sufimu dan memakai jubah orang awam!” pintas Mansur Al-Hallaj.
Sebelum Mansur Al-Hallaj ditangkap atas tuduhan telah menyeleweng dari akidahnya, khalifah yang memerintah di masa itu telah menghimpunkan semua ulama syariat di sekitar Baghdad.
Lalu khalifah meminta fatwa apakah Mansur Al-Hallaj itu kafir atau Islam? Setelah semua ulama syariat itu bermuafakat di dalam persidangan itu, semuanya memutuskan fatwa bahwa Mansur Al-Hallaj adalah kafir dan wajar dijatuhkan hukuman bunuh ke atas dirinya.
Setelah mendengari fatwa tersebut, khalifah berkata pula, “Aku tidak mahu menjatuhkan hukuman ke atas Al-Hallaj dahulu sebelum aku mendapatkan fatwa dari gurunya sendiri!”
Lalu khalifah pun mengutuskan surat kepada Junaid Al-Baghdadi untuk bertanyakan fatwa bahwa apakah Mansur Al-Hallaj kafir atau Islam? Tetapi surat itu tidak dilayani oleh Junaid Al-Baghdadi sehinggalah menyusul surat yang kedua. Surat yang kedua kali pun tidak dijawab, lalu diutuskan surat-surat yang ketiga, keempat, kelima dan keenam langsung tidak dilayani juga oleh Junaid Al-Baghdadi.
Akhirnya, khalifah mengutuskan surat yang ketujuh yakni surat buat kali terakhir jika Junaid Baghdadi masih tetap tidak mahu menjawab maka khalifah akan mengambil tindakan yang tegas untuk menghukum semua ahli sufi dan mengusir mereka keluar dari Baghdad.
Setelah membaca surat ketujuh dari khalifah itu, setiap malam Junaid Al-Baghdadi bermunajat kepada Allah dan menunggu jawaban dari Allah sendiri.
Justeru Allah mengilhamkan kepadanya untuk membalas surat khalifah itu dengan menuliskan sepucuk surat balasan, “Jika menurut pada hukum syariat, Mansur Al-Hallaj adalah kafir dan wajar dihukumkan bunuh. Akan tetapi jika menurut dari sudut Haq Allah itu sendiri bahwa Mansur Al-Hallaj adalah benar!”
Sebelum berlangsungnya hari hukuman bunuh, Mansur Al-Hallaj pernah bermunajat kepada Allah, “Kekasih yang kucintai adalah diriku yang kucintai. Diriku yang kucintai adalah Kekasih yang kucintai. Inilah Lembah Thuwa yang membingungkan para pencari-Mu. Aku ini tukang bidaah maka semua ulama mahu membunuhku. Mereka tidak tahu rahsia yang aku tahu bahwa Engkau sahaja yang menyembah Engkau.
Aku bersyukur atas kurniaan-Mu untuk memperlihatkan kepadaku siapakah Engkau sebenarnya sehingga tidak cukup ruang di lidahku untuk membalaskan sebesar-besarnya ucapan syukur kepada-Mu. Aku redha atas hukuman-Mu kerana itu kehendak-Mu dan aku sangat-sangat gembira atas cara kematian yang ingin Engkau perlakukan terhadapku.”
Di tempat hukuman, Al-Syibli sempat bertanyakan kepada Mansur Al-Hallaj tentang tasawuf di peringkat muntahi dan bagaimana seseorang itu boleh mencapainya?
Jawab Mansur Al-Hallaj bahwa apa yang akan disaksikan sebentar nanti dan bagaimana cara hukuman yang diperlakukan ke atasnya itulah tasawuf di peringkat muntahi. Maksudnya ialah mencapai maqam Baqa billah – kekal bersama Allah. Tetapi menurut Al-Hallaj, Al-Syibli belum lagi layak untuk capai ke peringkat itu.
Seketika nyawa Mansur Al-Hallaj bercerai dari badan dan semua bahagian anggotanya yang terpotong itu pun menjerit, “ANA AL-HAQ!”
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Megat Fauzi Kita tak hidup sezaman Mansur AlHallaj. Hanya ALLAH yang mengetahui hal sebenar tentang Mansur AlHallaj. Jangan jadi ALLAH. Semakin kita mendekati ALLAH, semakin kuat godaan SYAITAN. Bila mana ALLAH sahaja yang WUJUD, bukan beerti Kita memakai WUJUD ALLAH. Kita ini hanyalah KENYATAAN kepada WUJUDNYA ALLAH.
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan14h
Faizul Saidi ALLAH belakooo yeopooo.
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan13h
Rashid Acid Benar ...Allah belake ...
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan12h
Ruslan Sulaiman Ramai yang sering mengucapkan basmallah.
Hanya sedikit yang tahu rahsianya.
Terkadang ada juga yang melafaskan lengkap keseluruhan hurufnya.

Jarang yang sampai pada maqam di"awal"nya.
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan12h
Mohd Fazli kita tak hidup zaman beliau,tp kita cari pendapat ulama tentang beliau,,cuba tegok pandangan iman ghazali tentang beliau dan ulama2 sufi lain..nabi musa as dgn ilmunya nabi khindir juga benar dlm ilmu,,tp keduanya tidak lari dari menjaga syariat allah..setiap manusia yg menjlnni perjalanan kerohanian memang kuat godaan syaitannya tp jika seseorg itu insan yg menjadi pilihannya dia akn terselamat dari godaannya,,begitu juga yg berada dk bawah mursyid..klau kita faham perjalanan rohani yg menhadapi zouk dlm makam fana,hingga terbawa di makam baqa percakapan,perbuatan,dan pengakuannya kadang tidak boleh terima di akal syariat,,tp tidak kepada mursyid yg lebih mengenali mereka.
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan11h
Mohd Fazli Imam Abdul Ghani An-Nablusi r.a. (1143 H) berkata dalam Kitab beliau Idhaul Maqsud.

"Sesungguhnya maksud wahdatul wujud bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan perkataan para ulama islam bahkan maksud wahdatul wujud yang sebenar pada hakikatnya disepa
kati oleh seluruh orang-orang khawas dan awam. Ia juga sesuatu yang perlu dimaklumi oleh setiap muslim dan tidak boleh diingkari oleh setiap orang yang beriman. Tiada dapat digambarkan bahawa ada orang yang berakal sanggup mengingkari wahdatul wujud dengan makna ini. Sesungguhnya seluruh alam ini, walaupun berbeza jenis, sifat, bentuk dan rupanya sebenarnya wujud daripada ketiadaannya (adam) dengan kewujudan Allah s.w.t bukan dengan diri mereka sendiri. Bahkan seluruh makhluk yang wujud terus terpelihara wujud mereka dengan kewujudan Allah s.w.t bukan dengan diri mereka."

Imam Mustafa Al-Bakri berkata dalam Kitab beliau Al-Maurid Al-Azb.

"Wahdatul Wujud adalah dimaksudkan dengan wujud Allah s.w.t itulah seluruh yang wujud terus wujud. Bahawasanya Dialah yang mendirikan langit dan bumi sedangkan seluruh makhluk berdiri denganNya (dengan kekuasaanNya) secara nyata."

Jelaslah bahawasanya wahdatul wujud di sisi kaum sufi dan arifbillah merupakan suatu penghayatan dan penyaksian terhadap kewujudan Allah s.w.t. yang wajibul wujud (wajib wujud bagiNya) dan seluruh makhluk yang wujud, tidak wujud melainkan denganNya.

Allah s.w.t yang menciptakan segala makhluk daripada tiada yang mana kewujudan makhluk yang mana mereka wujud dengan kewujudan tersebut tidak datang daripada diri mereka sendiri pada hakikatnya merupakan dari kewujudan penciptaan Allah s.w.t. Penyaksian hati terhadap hal sedemikianlah yang dikenali dengan Wahdatul Wujud.

Seluruh para sufi yang kamil memahami wahdatul wujud dalam makna wahdatul syuhud ini bukan dengan makna yang difahami oleh orang-orang yang sesat seperti hulul dan ittihad. Hal ini diingkari oleh orang-orang yang awam dengan makna sebenar wahdatul wujud juga sama ke atas faham seluruh kaum sufi.

Sheikh Ahmad Farid Al-Mazidi dalam muqaddimah Anwar An-Nabi menegaskan.

"Maknanya (wahdatul wujud) bahawasanya, wujud pada hakikatnya satu sahaja, iaitu bagi Allah s.w.t. semata-mata dan tiada yang bersekutu denganNya dalam hakikat wujud (Qadim) tersebut. Maka Dialah yang wujud secara mutlak (wajibul wujud).

Adapun kewujudan sekalian makhluk adalah kerana bersandarkan kepadaNya (kepada kekuasaanNya) dan kelangsungan kewujudan makhluk tersebut daripada pemeliharaanNya.

Maka kewujudan makhluk itu bersandarkan kepada kewujudan yang hanya milik Allah s.w.t bukan kewujudan lain kerana tiada yang wujud dengan dirinya (qiyamuhu binafsihi) melainkan Allah s.w.t sesungguhnya wujud makhluk bukan daripada zat mereka sendiri, dan tidak di terima bahawa makhluk berdiri dengan sendiri"

Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a. sendiri berbicara tentang maksud wahdatul wujud ini walaupun tanpa menggunakan lafaz tersebut takkala mensyarahkan dengan berkata berkata di dalan Kitab Al-Ihya' di bawah tajuk At-Tauhid.

"Iaitu, setiap makhluk tiada berdiri dengan dirinya sendiri. Ia berdiri dengan selainnya (iaitu berdiri dengan kekuasaan Allah s.w.t.) ia (makhluk) tersebut dari sudut dirinya sendiri adalah batil. Ini kerana hakikatnya (hakikat makhluk) itu dengan selainnya (iaitu dengan hakikat Ahad Allah) bukan dengan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, tiada yang hak (benar) pada hakikatnya melainkan Allah s.w.t yang Maha Hidup lagi Maha Mentadbir yang tiada menyerupai sesuatu. Dialah yang berdiri dengan diriNya sendiri, sedangkan selain daripadaNya, berdiri dengan kekuasaanNya. Maka, Dialah Al-Haq dan selain daripadaNya adalah batil (pada hakikatnya)."

Imam Al-Ghazali r.a. berkata lagi tentang penyaksian wahdatul wujud dalam pandangan para sufi di dalam Kitab Al-Ihya' tajuk As-Syauq.

"Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah s.w.t. dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah s.w.t. (tidak kesadaran kepada yang lain ini hal fana).

Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata tapi dengan penyaksian basiriyah batiniyah) bahawa tiada yang wujud kecuali Allah s.w.t dia mengetahui perbuatan dirinya merupakan kesan daripada kekuasanNya yang mana ianya wujud daripadaNya. Maka tiada wujud bagi perbuatan-perbuatannya kalau tanpaNya.

Sesungguhnya wujud itu milik Allah s.w.t semata-mata, yang mana denganNya sekalian makhluk itu wujud. Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan melihat satupun perbuatan melainkan dia melihat pembuatnya yang hakiki iaitu Allah s.w.t"

Inilah kefahaman para penghulu sufi dan ahli arifin tasawuf yang benar berkenaan dengan wahdatul wujud. Dan siapakah kelian yang merasa dirinya lebih berilmu daripada Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a. takkala berani-berani menuduh sesat kepada kaum sufi seluruhnya hanya kerana tidak memahami maksud dengan makna yang sebenar? Jika kami kaum sufi di tudah di fitnah sesat maka tuduhan itu terpalit juga kepada Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang bertoreqat ahli hakikat
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan11h
Pakngah Chik Roti TerbangModerator Kumpulan Assalamualaikum wbt... 
Barakallah...
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan10h
Megat Fauzi WAHDATUL WUJUD itu satu istilah. Yang membezakan adalah fahaman mengenai ISTILAH WAHDATUL WUJUD. Adanya setiap makhluk disebabkan WUJUDNYA ALLAH. Itu FAHAMAN yang BENAR. FAHAMAN WAHDATUL WUJUD sebahagian dari umat akhir zaman ada yang jauh terpesong. Begitu juga ISLAM. Ramai yang mengaku ISLAM tapi FAHAMAN tentang ISLAM tidak menepati yang sepatutnya. WAHDATUL WUJUD sebahagian besar umat akhir zaman adalah DIA dan semua MAKHLUK menjadi TUHAN.
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan6h
Mohd Fazli wahdatul wujud adalah bg mereka yg tergelam dlm makrifat,,bg mereka yg melepasi di gelar insan kamil,rabbani,ariffbillah mereka dan boleh membezakn antara makhluk dan dia,,tp di ht mereka tetap setiap wujudnya mahluk itu kerena wujudnya dia,,,bg mereka yg tergelam dalam makrifat mereka tidak boleh di jdkn khalifah atau pemimpin menyembar utusan allah kepada masyarakat,,seperti nabi musa dan nabi khindir,,seandainya insan seperti nabi khindir sebagai seorg khalifah kepada rakyat dlm urusan agama,,sudah tentu masyrakat x boleh terima,,cuba bayang ramai budak2 kecik di bunuh,akibat dia npk yg berlaku akn dtg,bakar rmh org,bakar kereta org di sebb mereka kasyaf boleh npk akn berlaku di hadapan,,agak2 masyarakat boleh terima x?nasib sheikh siti jenar dan al hallaj lebih kurng saja,mereka betul dlm ilmu mereka,,ulama syariat yg berfatwa pun betul dgn ilmu mereka..setiap negara islam di bangun atas dasar syariat..setiap mursyid adalah wali,dan setiap wali belum tentu mursyid,mursyid lh sebgai khalifah utusan allah nk yg boleh menilai semua yg berkaitan dgn syariat,toriqat,hakikat dan makrifat..utk lebih lanjut cuba baca yg saya post perbezaan antara mukjizat dan karamah,,dan hakikat habiballah di situ semua dpt menjawab persoalanya dan perjalanannya.
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3h
Mohd Fazli iman junaid seorg wali yg mursyid,,dia hanya yg boleh menilai murid hallaj,,tetapi dia tidak boleh halang hukuman oleh majlis fatwa sbb mereka berhukum menggunakn ilmu mereka..jika percakapan hallaj dlm makam al sibli boleh di maafkn sbb dia dlm keadaan x sedar makam fana,,ucapan hallaj di makam baqa...cuba baca balik apa yg saya postkn tu,,itu bkn huraian dlm ilmu syariat,,tp ia huraian dlm ilmu hakikat.
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3h
Megat Fauzi Duduknya Nabi Khidir tak sebegitu. Nabi Khidir as tak menyata dia tuhan. Nabi Khidir as berbuat berpandu WAHYU ALLAH. Apabila berpandu WAHYU khas untuknya, diketika itulah SYARIAT khusus untuknya. Begitu juga dengan Nabi Ibrahim as yg juga menerima WAHYU yang berupa SYARIAT khusus untuk menyembelih Nabi Ismail as. Bukankah Nabi Ibrahim as menjalankan tugas RASUL.
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3h
Megat Fauzi Bukankah Nabi Muhammad saw telah menyampaikan kepada kita yang setiap Rasul mengingatkan kepada umat masing-masing akan FITNAH DAJJAL? sedangkan mereka terlebih maklum DAJJAL hanya akan keluar di AKHIR ZAMAN. Apakah FITNAH DAJJAL? Dia mengaku dia TUHAN..
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3h
Mohd Fazli bukankn nabi saw juga mengajar kepada kita ciri2 macam mana manusia yang boleh mengenali dajjal,,tak nak kh kita menjadi ciri2 manusia seperti yg mengenali dajjal,,mana lebih selamat,dapat mengenal dajjal atau membaca kisah keluarnya dajjal???pandang lh seperti mana padangan nabi musa as terhadap seekor anjing yg berulat,,dia tidak memandang keburukknnya,,tapi dia memandang putihnya gigi anjing itu,,kenapa allah tajali pandangannya sehingga x npk perkara buruk,,sbb tujuannya adalah utk menjaga ht..perkara baik buruk dtg darinya,,tp dia inginkn perkara yg baik2,berkasih sayang,,tegok 99 nama allah tetang sifatnya ok lh sahabat,,saya berlapang dada dgn sahabat,,saya hormati pandangan sahabat.
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan2h
Abdul Hakim Padil Assalamualaikum. 
Tuan. ? Saya nk screenshot, boleh tak ?
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan2h
Sulaiman Rahman Park 19/1
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan2h
Megat Fauzi Baca surah AlKahfi 10 ayat awal dan 10 ayat akhir. Ianya menerangkan berkaitan SYIRIK kepada ALLAH. Jangan sekali-kali jadi ALLAH.

(قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَا
ءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا)

[Surat Al-Kahf 110]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang MANUSIA SEPERTI KAMU, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan2h
Muhammed Faiz Bin Khalid panjang gila belako
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan1h

No comments:

Post a Comment