Wednesday, 3 January 2018

Hanya Allah sahaja tempat kita bergantung

Allah perintahkan kita untuk bergantung kepadanya bukan pada dunia, kerana dunia bakal ditinggalkan. Bukan bergantung pada harta benda kerana bila bila masa Allah boleh menariknya. Bukan bergantung pada ilmu dan bijak pandai kerana bila bila masa Allah boleh hapuskan dari akal fikiran kita. Lihatlah berapa banyak orang kaya yang sengsara, berapa banyak orang bijak pandai sengsara, berapa banyak orang hebat hebat sengsara, ingatlah bila diri kita tidak bergantung kepada Allah nescaya sengsaralah hidup kita. Hanya Allah sahaja tempat kita bergantung

No comments:

Post a Comment