Monday, 15 January 2018

fb k


Pada hakikatnya, apa yang dipanggil Tuhan atau dewa-dewi atau Jesus atau Allah atau sebagainya itu oleh umat manusia pelbagai agama, setelah mereka mempercayai kewujudan-Nya, selepas itu mereka mula memuja-Nya di suatu tempat, memuja-Nya di suatu kawasan tertentu, maka Tuhan pun mula berkuasa di situ.
Tidakkah kita terfikir bahawa apa yang dipanggil Tuhan itu hanya berkuasa, apabila manusia memuja-Nya. Sebab itu, kita melihat upacara atau ibadah kepada Tuhan itu hanya berada di suatu kawasan tertentu yang dianggap sebagai kawasan terlarang dan keramat.
Seperti di Mekah sebagai contoh, pada dahulunya ia hanya suatu kawasan yang tandus, kemudian selepas itu ia dijadikan sebagai tempat sembahan Tuhan kerana ramai manusia memuja di situ. Maka, kawasan itu mulalah dianggap holy yakni suci dan tempat keramat, tidak pula hal itu berlaku di kawasan yang lain.
Jika manusia itu berhenti memuja di sesuatu kawasan itu, sudah tentu kawasan itu tidak lagi akan dianggap sebagai suci dan keramat. Dan Tuhan sudah pasti tidak lagi berkuasa di situ.
Ramai di antara kita tidak pernah terfikir akan hal itu, bahawa apa yang dipercayai oleh manusia itu bisa mencipta satu keajaiban dan ia adalah satu kehebatan sebenarnya, sehingga sesuatu yang tidak ada kuasa pada mulanya boleh jadi berkuasa apabila manusia itu mempercayainya.
Kuasa mempercayai yang ada pada diri kita itulah yang mencipta kepelbagaian kepercayaan agama sampai ke hari ini.

No comments:

Post a Comment