Tuesday 23 January 2018

fb d

Orang yang berpendidikan berpelajaran dan yang mempunyai sijil tinggi tinggi tiada bezanya antara beruk, chimpanzee , burung tiong, lembu dan kerbau. Beruk , chimpanzee, lembu dan kerbau boleh melakukan kerja seperti mana diarahkan kerana binatang binatang ini pun ada cikgu yang mengajar sehingga boleh faham untuk menerima arahan. Burung tiong dan burung kakak tua tua boleh bercakap dan bertutur sebagaimana kita juga kerana menerima pendidikan . Maka tiada beza kita manusia dan haiwan jika diukur dari segi pelajaran, yang membezar kita dengan haiwan ialah kesedaran dan akal fikiran. Ramai yang ada pelajaran tetapi tidak sedar dan tidak berakal fikiran. Jika dia sedar dan ada akal fikiran nescaya ia jaga adap dan disiplin seorang yang mempunyai pelajaran. Lihatlah beruk, chimpanzee, lembu ,kerbau , burung tiong dan burung kakak tua walaupun cerdik dan faham menuruti apa yang diajar tetapi dia tetap dengan perangai asalnya. Begitu juga mereka yang berpendidikan tinggi tetapi hidup sama macam manusia jahil yang tak ada pendidikan tak ada adap disiplin maka tak ubah sama sahaja taraf, beruk, cimpanzee, lembu, kerbau ,burung tiong dan burung kakak tua. Bergitulah nilai manusia yang kononnya berpendidikan tinggi ada sijil tinggi tetapi taraf sama dengan haiwan jika adap disiplin dan perangai tidak dijaga sama sahaja, walaupun bijak berbicara haiwan tetap haiwan.

No comments:

Post a Comment