Tuesday 23 January 2018

fb d

Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat pagi..
Nak dijadikan satu cerita tadi saya telah tengok satu video rancangan pelawak terkenal iaitu
Mr.Bean@Dr.Rowan Atkinson dari 'You Tube' saya dapati dari 17 juta orang yang membuka untuk menonton video tersebut 50 ribu orang daripadanya telah meninggalkan tanda isyarat 'like' manakala didapati 8 ribu orang pula yang meninggalkan tanda isyarat 'dislike'.
Kemudian saya beralih pula untuk menonton video penyanyi Pop yang sangat terkenal iaitu Michael Jackson pada tajuk video tertulis 'Billie Jean' daripada 386 juta penonton saya dapati seramai 1 juta telah meletakkan tanda isyarat 'like' manakala 54 ribu meletakkan tanda isyarat 'dislike'.
Saya mula berfikir dan percaya memang benarlah hidup ini kita tidak mampu untuk membuatkan semua orang sukakan kita.Jika kita dipihak yang benar atau salah, berbuat baik atau jahat sebenarnya di dalam hidup ini tetap akan ada orang yang tidak suka apa saja yang kita buat.
Namun percayalah apabila kita baik dan apabila kita dipihak yang benar sejujurnya yang tidak suka itu cumalah segelintir sahaja oleh itu jangan pula kita berputus asa untuk berbuat baik.Seandainyalah seluruh isi dunia membenci sekalipun kepada kita percayalah, Allah tetap akan suka dan sayang. Jadi, pokok pangkalnya disini perkara yang betul untuk kita perbaikki ialah kita wajib matlamatkan supaya apa yang kita buat adalah semata-mata untuk membuatkan Allah suka itu yang terlebih afdhal.Inn shaa Allah...
AweSalik069
Rabu 24/01/2018
10.05/bangi

No comments:

Post a Comment