Saturday, 6 January 2018

fb d k


Awe Salik sedang bersama Dewata Dhurga dan 49 yang lain.
1 jam
SEMBAHYANG
....................................................................
Bertanya kepada diri sendiri..
Di manakah kemuncaknya kusyuk.. 
Ketika gambaran dunia saling berebut-rebut..
Menggapai tangkai hati..
Seolah-olah berbekal hidup seribu tahun lagi..
Adakah perbuatan ini sekadar meniru..
Membongkok dan berdiri..
Mata terkebil-kebil..
Mulut memuncung terkumat-kamit..
Pintalan lidah persis bersyair..
Tiga harkat.. lima harkat berterabur...
Fikiran melayang-layang mee kari udang..
Bertanya kepada diri sendiri..
Di manakah kemuncaknya kusyuk..
Atau sekadar berlakon sampai ke mati..
Bila dah mati masih juga mahu berlakon..
Kita berserban mahupun berseluar jeans..
Kita hakikatnya sama di sisi Allah..
Kalau Bersih di dalam bersihlah di luar. .
Kalau Bersih di luar belum tentu lagi di dalam..
Ingatlah..
Setiap adanya ilmu maka adalah amal...
Barang siapa beramal wajiblah berilmu..
Yang berilmu tampa amal alamatnya hampa...
Yang beramal tampa ilmu hakikat sesat nyata...
Ketika menyembah berlarutan sembah..
Wajib ke atas kita kenal yang mahu disembah..

Bertanya kepada diri sendiri..
Di manakah kemuncaknya kusyuk..
Atau lemas dalam lautan khayalan...
Atau sekadar harapan menyimpul imbalan..
Berangan-angan mengait bulan dan bintang...
Walhal amalan terkandas dijaringan makna..
Kemuncaknya jawapan adalah sia-sia..
Tertolak dengan sengaja...ohh hampa..
Eh.. muka tak malu..
..................................................................
(ARMA069)

No comments:

Post a Comment