Anak kita bukan kita, tapi tak lain dari kita. Kita dituntut mendidik, membentuk, dan mengajar anak kita menjadi baik. Namun bila dia buat jahat, itu dia bukan kita. Kalau dia buat baik, itu juga dia tapi tak lain dari kita. FAHAM BETUL-BETUL.
Wujud dia kerana wujud kita. Tapi dia tetap dia, kita tetap kita. Mana mungkin dia mengaku kita walaupun darah daging kita. FAHAM BETUL-BETUL.
Begitu juga Allah. Allah itu tuhan kita yang menciptakan kita, kita bukan Allah, tapi tak lain dari Allah. Kenapa tak lain dari Allah? Sebab kita hidup bergantung dengan kuasa kebesaran Allah. Tanpa kuasa kebesaranNya, kita tak boleh buat apa. FAHAM BETUL-BETUL.
Allah tuntut kita supaya menjadi baik. Namun bila kita buat jahat, itu kita bukan Allah. Kalau kita buat baik, itu juga kita tapi tak lain dari Allah. FAHAM BETUL-BETUL.
Wujud kita kerana wujud Zat. Tapi Zat tetap Zat, kita makhluk ciptaan tetap makhluk ciptaan. Mana mungkin kita makhluk ciptaan mengaku Zat. Walaupun sifat-sifat Dia ada pada kita, tak bererti kita ni dia. FAHAM BETUL-BETUL.
No comments:
Post a Comment