Wednesday, 3 January 2018

BERBEZA NAMUN SATU JUA

BERBEZA NAMUN SATU JUA
Empat orang diberi sekeping wang.
Pertama adalah orang Persia, ia berkata, “Aku akan membeli anggur.”
Kedua adalah orang Arab, ia berkata, “Tidak, kerana aku ingin inab.”
Ketiga adalah orang Turki, ia berkata, “Aku tidak ingin inab, aku ingin uzum.”
Keempat adalah orang Yunani, ia berkata, “Aku ingin stafil.”
Kerana mereka semua tidak tahu akan erti nama-nama tersebut, mereka mulai bertengkar sesama sendiri. Mereka memang sudah mendapat maklumat dan informasi, tetapi malangnya tanpa pengetahuan yang sejati.
Dalam pada itu, ada seorang pemuda arif yang sedang memperhatikan mereka, lalu ia pun berkata, “Aku tidak dapat memenuhi semua keinginan kalian, hanya dengan sekeping wang yang sama. Jika kalian jujur percayalah kepadaku, sekeping wang kalian akan menjadi empat; dan keempatnya akan menjadi satu.”
Akhirnya, barulah mereka sedar bahawa sebenarnya keempatnya dalam bahasa masing-masing, dan hanya menginginkan benda yang sama, iaitu buah anggur.
- Maulana RUMI -

No comments:

Post a Comment