Wednesday, 3 January 2018

AKU YG DI AKUi ALLAH



AKU YG DI AKUi ALLAH
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Wahai TUAK, AKU ialah sesuatu yang jernih dan ia terwujud dari diri KU maka DIAlah yang diakui. Inilah dia kedudukan yang diakui oleh Allah kerana AKU itu adalah hakikat kenyataan ALLAH
-------------------------------------------------------------------------
"Sebagaimana fiirmanNya :
Setiap roh itu adalah urusan pekerjaan KU".
-------------------------------------------------------------------------
Dan padaku (ruh) itulah rahasiaku dan itulah yang menzahirkan AKUAN HAQULLAH pada tubuh badan melalui KALAM, perbuatan dan ittiqod pada diri. Kalimah akuan yang sebenar ini terbit dari ucapan syattoh (terlatah) dari sirna fana yang dialami oleh AHLILLAH.
-------------------------------------------------------------------------
Wahai TUAK, Aku ku dan aku mu itu adalah satu jua, jangan adakan dua kudrat padamu kerana kudratmu itu adalah kudratKU, AKU zahir pada ujudKU, dan AKU batin pada rahsiaKU. Engkau tidak wujud melainkan AKUlah yang ujud.
-------------------------------------------------------------------------
KalamKU adalah zahirnya kalammu waktu terucap... tiadamu padamu akan tetapi adaKU pada zahirKU. AKU adalah AKU inilah akuanKU. AKU yang mengaku akan padaKU, tiada akuanmu padamu kerana akuan mu itu tiada ain ujud akuan itu.
-------------------------------------------------------------------------
Wahai TUAK, tiadalah engkau bergerak pada masa engkau bergerak AKUlah yang sebenarnya gerak itu, hanya orang-orang yang buta saja yang tidak nampak akan gerak Allah itu. 
-------------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya gerakmu itu adalah hasil gerakKU yang terjadi ketika bergeraknya dirimu, engkau hanyalah patung wayang saja semata-mata tidaklah engkau dapat berbuat apa-apa yang mendatangkan manfaat atau mudarat padamu.
-------------------------------------------------------------------------
Wahai TUAK, tiadalah engkau memandang ketika memandang akan tetapi AKUlah yang memandang pada ketika engkau memandang, engkau buta pada dasarnya maka janganlah engkau akui yang engkau melihat akan dengan penglihatanmu itu kerana kau BUTA.
-------------------------------------------------------------------------
Oleh itu fahamilah akan maksud bagi kata-kata ini janganlah tersalah anggap kerana akibatnya amat-amatlah buruk.
AKU adalah sifat kenyataan bagi Dzatul Haq, padaKU lengkap 
dan melengkapi tiadalah yang lain pada ujud ini melainkan kenyataan 
ujudKU semata-mata.
-------------------------------------------------------------------------
Hanyalah DIRIKU (Allah) saja yang layak mengaku dan akuan yang terbit dari sifatNYA lah yang terjadi...........
Maka inilah akuanku yang terbit dari akuan Allah.
Tiadalah ujudku pada kenyataanku melainkan ujud Allah lah yang nyata pada ku (Akulah yang sebenar).
.
(TUAK ILAHI)

No comments:

Post a Comment