Thursday, 4 January 2018

akhirnya menjadi bangkai hina.

Sebanyak mana kita mahu makan, semewah mana kita mahu bermewah, selama mana kita nak enjoy dengan dunia, selama mana kita nak bermegah, selama mana kita nak merasa hebat, selama mana kita nak merasakan yang kita ini kuat, selama mana kita nak hidup dengan pangkat dan darjat, selama mana kita nak berbangga kita ramai pengaruh, selama mana kita nak merasa bangga kita boleh buat itu buat ini. Ingatlah sampai masa kedalam tanah jua kita kembali hanya secarik kain kafan membalut diri kita. Semua yang ada selama ini menjadi milik orang. Tubuhmu menjadi makanan cacing tanah mereput berulat, busuk benanah menjadi bangai, dulu kau disanjung sanjung manusia agong, manusia hebat harta menimbung, nah lihatlah apakah itu semua dapat menolongmu dari kematian, apa manfaat kita dapat dengan apa yang kita miliki atas dunia dulu dulu apabila kita masuk liang lahad. Sedarlah kita akhirnya menjadi bangkai hina.

No comments:

Post a Comment