Tuesday 23 January 2018

Agama itu ibarat sangkar...

Agama itu ibarat sangkar...
________________________________________
Ada sangkar yang diperbuat dari emas...
Ada sangkar yang diperbuat dari perak...
Ada sangkar yang diperbuat dari berlian...
Semuanya sangkar yang indah dan cantik..
Dan setiap sangkar dihuni oleh seekor burung..
________________________________________
Burung dari sangkar perak, seumur hidupnya hanya berlegar di dalam sangkarnya, lalu mengatakan bahawa sangkarnya adalah yang paling baik di antara semua.. sedangkan dia belum pernah melihat sangkar emas..
Burung dari sangkar emas pula, seumur hidupnya hanya berlegar di dalam sangkarnya, lalu mengatakan bahawa sangkarnya adalah yang paling baik di antara semua.. sedangkan dia belum pernah melihat sangkar berlian..
Burung dari sangkar berlian juga, seumur hidupnya hanya berlegar di dalam sangkarnya, lalu mengatakan bahawa sangkarnya adalah yang paling baik di antara semua.. sedangkan dia belum pernah melihat sangkar emas dan perak..
________________________________________
Ada seekor burung yang lain.. burung ini pula, seumur hidupnya tidak pernah terkurung, dan bebas terbang ke mana-mana sahaja yang disukainya..
Apabila ditanya kepadanya, sangkar manakah yang terbaik? Dijawabnya "semua sangkar adalah baik, kerana menyelamatkan dan melindungi"
"Tapi aku lebih rela tinggal di luar sangkar, kerana aku faham dan sedar, walaupun aku berada di luar sangkar; bahawa yang Maha Melindungi itu, sentiasa sahaja bersama aku, walau di mana sahaja aku berada"

No comments:

Post a Comment