Monday, 8 January 2018

3 faktor penting dalam Makrifat adalah :

3 faktor penting dalam Makrifat adalah :
PERTAMA :
La ta’yin = Belum ada ketentuan
Ahadiyah = Maha Tunggal
Zatul Buhti = Zat yang kekal
Penjelasan :
Di sini Allah diumpamakan laut yang tiada bergelombang.. Dia-lah Tuhan yang Maha Suci dan Maha Tinggi, tiada martabat di atasNya lagi.
Bahawa manusia sudah ada sejak dahulu dan tiada terpisah dengan Tuhannya, Bahawa kita sudah berada dalam rahsia Allah SWT, namun kerana Allah belum ada nampak maka kita belum juga ditampakkanNya.
Jadi sejak La Ta’yin manusia sudah tetap dalam rahsia Allah tetapi belum ada pengakuan apa-apa kerana belum nampak dan belum ditampakkan.
__________________________________
KEDUA :
Ta’yin Awal = Ketentuan yang pertama
Wahdah = Tunggal
Hakikatul Muhammadiah = Asal mula segala yang ada
Penjelasan :
Di sini Tuhan telah menampakkan diriNya, maka ditampakkan-Nyalah manusia itu dahulu (titik) di dalam dirinya sendiri seraya melihat dan berkata : "ALASTU BIRABBIKUM?" Maka di jawab dengan : "BALA SYAHIDNA"
Setelah pengakuan ini terjadi maka Tuhan berkata : “Saat ini Aku akan mengambil empat anasir dari tubuhmu. Ku jadikan alam agar engkau menetap kelak”, maka kita menjawab dengan kalimat : "LA HAULA WALA QUWATA ILLABILLAH"
Setelah itu diambillah :
– Dari Rahsia dijadikan Api
– Dari Ruh dijadikan Angin
– Dari Hati dijadikan Air
– Dari Tubuh dijadikan Tanah
Maka jadilah Alam semesta dengan segala isinya. Selanjutnya “titik” itu mengembang menjadi banyak, tumbuh dan besar menjadi ALIF.
__________________________________
KETIGA :
Ta’yin Tsani = Ketentuan Kedua
Wahdiyah = Mentauhidkan
Hakikatul Adam = Asal mula manusia
Penjelasan :
Bahawa Alif pada Zat menyelubungi semua rahsia yang ada, Di sini Allah seumpama laut dengan gelombangnya, sesungguhnya Allah SWT Tuhan yang Maha Suci lagi Maha Tinggi diumpamakan laut, sedangkan semua yang ada diumpamakan gelombang, adapun gelombang itu tiada terpisah dari laut adanya.
Bahawa : Ketiga martabat di atas semuanya adalah Qadim, Yang terdahulu atau terbelakang hanyalah sebutan sahaja, bukan kerana waktu. Ketika kita mengatakan Ahdah (maha tunggal), Wahdah (tunggal), Wahdiyah (menunggalkan Atau.. Ketika kita mengatakan La Ta’yin (belum tentu), Ta’yin awal (sudah tentu), Ta’yin tsani (ketentuan berikutnya) Maka.. Ketiga martabat itu semua adalah Qadim.
Sedangkan yang awal dan yang akhir hanya perkataan sahaja, bukan kerana waktu namun kerana sesungguhnya laut yang tiada bergelombang, di situ juga terdapat satu gelombang (titik), maka dari titik itu berkembang menjadi banyak, itulah yang dinamakan ALIF, pada hakikatnya satu sahaja namun tiga dalam sebutan.
__________________________________
Mengertilah akan hal ini betul-betul.. Jadikan dasar pegangan dalam hati sanubari, Bahawa tiada terpisah kita dengan Allah SWT, Dari awal yang tiada berawal hingga akhir yang tiada berakhir, Inilah satu pemahaman Makrifat yang sempurna adanya.

No comments:

Post a Comment