Sunday 21 January 2018

(1) Sedar (2) akal fikiran

Pada diri ini ada dua benda yang Allah letakan 
(1) Sedar
(2) akal fikiran 
Sedar ini hanya ada pada diri kita tidak ada pada haiwan. Sebagai contoh lembu, lembu tidak sedar bahawa dirinya itu lembu, yang tahu lembu itu lembu dan kenal lembu itu lembu adalah kita. Kalau lembu sedar bahawa dirinya lembu nescaya sampai sekarang kita tak dapat sembelih lembu untuk dimakan. Jika kita ada telinga untuk mendengar lembu pun ada telinga untuk mendengar, jika ada mata untuk melihat lembu pun ada mata untuk melihat, tetapi jika kita tidak sedar siapa diri kita ini maka tiada beza kita dengan lembu.
Akal fikiran ini Allah jadikan untuk kita jadikan alat untuk membezakan antara kita dan haiwan. Kerana haiwa dan manusia sama sama ada otak, yang membezakan adalah akal fikiran. Dengan akal fikiran manusia dapat membezakan antara buruk dan baik, benar dan salah. Tetapi jika kita tak tahu beza antara benar dan salah, antara buruk dan baik maka tiada bezanya antara kita dan haiwan. Secara hakikatnya sebenarnya dalam dunia ini penuh dengan haiwan dalam rupa manusia.

No comments:

Post a Comment