ZAT dan SIFAT
Sebenarnya yang disebut Zat itu ialah tajallinya Muhammad, sedangkan yang bernama Muhammad itu wahananya / kenyataannya ialah Cahaya yang meliputi badan, berada pada hidup kita. Hidup sendiri tanpa ada yang menghidupkan lantaran berkuasa, mendengar, mencium, berbicara, merasakan segala rasa, yang kesemuanya daripada qudrat zat kita sendiri.
Maksudnya: Zat Tuhan Yang Maha Suci melihat dengan mata kita, mendengar dengan telinga kita, mencium dengan hidung kita, berfirman dengan mulut kita dan merasakan segala macam rasa dengan mempergunakan alat perasa kita.
Jangan anda berasa khuatir dalam fikiran kerana wahananya / salurannya nyata ada pada diri kita. Ertinya: lahir batin Allah telah berada dalam hidup kita peribadi.
Jadi, sangat benarlah keterangan mengatakan:
"Kana-Allah walam yakun ma'ahu syaiun huwa kana kama kana"
"Kana-Allah walam yakun ma'ahu syaiun huwa kana kama kana"
"Adalah Allah tidak ada sesiapa pun yang bersama dengan-Nya ,, Dia dahulu sebagaimana Dia-Nya sekarang".
"Laa maujud bihaqqin illa Allah"
"Tidak ada yang wujud dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".
"Aku jadikan setiap sesuatu itu supaya kamu dapat mengenali-Ku melalui segala sesuatu, sedangkan hakikat segala sesuatu itu adalah Aku" (Maksud Hadis Qudsi)
"Aku tersembunyi di tempat terzahirnya Aku dan Aku terzahir di tempat tersembunyinya Aku".
Kenyataaan itu mengelirukan, sedangkan kenyataan itu Dia juga.
Peribahasanya: Lebih tua zat manusia daripada sifat Allah kerana kejadian Zat itu qadim azali abadi, iaitu paling dahulu sendiri di kala masih hampa / kosong keadaan kita.
Sedangkan kejadian sifat itu hudutsul alam ertinya baharu alam (adanya di dunia). Akan tetapi saling tarik menarik dan tetap menetapkan sehingga semua yang bernama Zat itu pasti mengandungi sifat, segala yang bernama sifat itu pasti memiliki Zat.
via Syeikh Amdan Maulana
No comments:
Post a Comment