Friday 31 March 2017

ARIFBILLAH

ARIFBILLAH
Seorang mursyid itu, tidak semestinya berjubah labuh.. Berlilit serban di kepala.. Atau pun berjanggut panjang di muka.. Mahu pun bertanda lebam di kepala.. Bukan hanya memegang quran dan bertasbih sahaja.. Dan bukan pula yang kelihatan alim semata mata..
Boleh jadi beliau hanya berseluar pendek sahaja.. Bersepatu jepun di mana mana.. Berbaju kemeja.. Bertali leher, atau pun seorang tukang cuci di tempat kerja.. Mahu pun seorang pegawai di bandaraya.. Waima seorang yang kelihatan gila di mata kita..
Ketahuilah,, boleh jadi seseorang itu merupakan insan yang sehina-hina pandangan di mata manusia,, tetapi semulia-mulia pandangan dan tinggi darjatnya di sisi Dia..
Golongan yang terpilih ini, merupakan arifbillah atau pun wali-wali Allah, yang mana setiap detik kehidupan mereka, adalah hanya untuk menyatakan Allah..
Semoga Allah pertemukan kita dengan golongan ini.. Jika tidak sekarang, suatu hari nanti.. Amiin²

No comments:

Post a Comment