Friday 31 March 2017

Sebesar-Besar Puasa!

Sebesar-Besar Puasa!
Seringan-ringan atau sekecil-kecil puasa itu, adalah nikmat minum air dan nikmat makan nasi. Manakala seberat-berat atau sebesar puasa itu, adalah menikmati nikmat mata, telinga, mulut, gerak, melihat, dengar, akal, berpemikiran dan sebagainya.
Puasa Ramadan itu, adalah menikmati dari yang sekecil-kecil nikmat Allah s.w.t, yang berupa air dan makanan, sampailah kepada yang sebesar-besar puasa, iaitu menikmati nikmat anggota tujuh. Di samping itu juga, kita hendaklah menikmati, nikmat alam, nikmat langit, nikmat laut, nikmat udara, nikmat tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Yang jelasnya puasa itu, menikmati, menghargai dan memberi nilai tambah kepada anugerah rahmat atau nikmat Allah s.w.t. Itulah erti puasa mengikut kaca mata ilmu hakikat atau ilmu makrifat. Bilamana kita tidak bersyukur atau tidak pandai untuk berterima kasih akan nikmat pemberian Allah s.w.t, itulah tandanya mereka yang tidak berpuasa. Setelah kita bersyukur atas nikmat itu, hendaklah nikmat itu dikembalikannya semula kepada tuan yang empunya nikmat.
Bilamana kita sudah tahu apakah itu, nikmat, rahmat dan barakah (Ramadan), hendaklah nikmat, nikmat dan barokah (Ramadan anggota tujuh kita) itu, hendaklah dikembalikkan semula kepada Allah. Setelah semua dan segala sifat baharu (diri kita) dikembalikan kepada Allah sepenuhnya secara total, maka itulah yang dikatakan sebenar-benar Ramadan!.
Berpuasa Ramadan itu, bukan setakat menjaga mulut dari tidak mengumpat orang atau tidak berbohong sahaja, berpuasa Ramadan itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti menyerah anggota mulut kepada Allah. Setelah kita serah anggota mulut kepada Allah, bererti kita tidak lagi memiliki mulut!. Sekiranya kita sudah tidak lagi ada mulut, masakan boleh mengumpat atau bercakap bohong!.
Selagi masih ada anggota mulut (tidak diserah kepada Allah), selagi itulah kita akan mengulangi berbohong, mengumpat, caci maki atau menipu orang. Cuba tuan-tuan bayangkan jika sekiranya kita tidak ada anggota mulut, masakan boleh mengulangi berbohong, mengumpat atau menipu orang?. Puasa Ramadan ini, bukan bertujuan untuk menjaga anggota mulut dari mengumpat semasa bulan Ramadan (30 hari) sahaja!, bahkan Ramadan itu, hendaklah sepanjang bulan (12 bulan). Bagaimanakah caranya nak berpuasa sepanjang tahun, sedangkan puasa yang satu bulanpun kita tidak faham dan tidak tahu akan maksud, tujuan,, erti atau makna puasa?.
Selagi ada anggota mulut, sifat kita selaku manusia, jikapun tidak banyak, lambat laun biarpun sedikit, kita akan tetap berbohong, mengumpat dan menipu orang. Untuk tidak menipu, berbohong atau mengumpat orang buat selama-lamanya, biarpun ianya bukan bulan puasa, hendaklah kita Ramadankan diri kita (sifat anggota tujuh) kita itu, iaitu dengan cara kita serah sepenuhnya anggota tujuh kita (nikmat, rahmat dan barokah) secara total kepada Allah Taala. Barulah benar-benar Ramadan…………………………………………………………………………
Kiasan saya kepada anggota mulut itu, jangan pula kita letak kiasan saya itu pada sifat anggota mulut sahaja. Hendaklah dikiaskan juga kepada anggota-anggota lain, seperti tangan, kaki, mata,, telinga, hidung dan yang alat sulit. Seluruh dan segala tujuh anggota kita itu, adalah merupakan rahmat, nikmat dan barokah (Ramadan). Rahmat, nikmat dan barokah yang tujuh itulah yang hendak dipuasa (dikembalikan) kepada pemiliknya iaitu Allah Taala!

No comments:

Post a Comment