*π±Nilai 4 Saat Di Sisi Tuhanπ±*
☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘
Bismillah : Atas kerana gadis di dalam Video di bawah ini telah menyelamatkan seekor semut kelemasan di dalam air minumnnya, dalam kadar tempoh 4 saat, maka langkahnya untuk menghantarkan bungkusan pada ayahnya di kereta tepi jalan telah "dilewatkan" 4 saat dalam suratan takdir Allah SWT.
Tapi apakah "nilainya" 4 saat dalam ilmu pengetahuan Allah ini?
Video GIF di bawah ini menjelaskan "nilai" sebenar (Hakikat) kelewatan 4 saat tersebut dalam ilmu pengetahuan-Nya.
☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘
Moralnya : Setiap "kebaikan" yang kita lakukan pada kehidupan ini, walau sekecil manapun ia dinilai pada pandangan manusia, namun ia bukanlah hal yang sia sia di sisi Allah walaupun kita tidak mengetahui rahsia yang ada tersembunyi di sebaliknya.
Jangan memandang kecil setiap kebaikan sekalipun hal kamu membaiki sayap lalat atau nyamuk atau rama rama yang terkoyak atau basah atau sebagainya...
Bantulah "mereka" seiklas hati kamu kerana yang Allah "pandang" itu bukanlah besar atau kecilnya hal yang kamu telah lakukan. Tetapi yang Allah SWT "pandang" itu adalah kehalusan akhlak hati kamu serta keiklasan kamu dalam berbuat baik atas sesama makhluk Tuhan.
Tiada yang sia sia pada mata penglihatan Tuhan. Yakin di dalam hati bahawa Allah sentiasa memerati lintasan hati kamu .. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui atas setiap sesuatu di atas muka bumi ini. π±
No comments:
Post a Comment