Memiliki dua wajah.
Edward Mordake - seorang lelaki ensem yang hidup pada abad ke-19, Edward dilahirkan dalam sebuah keluarga keturunan Bangsawan Inggeris. Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan menjaganya dengan penuh cinta sayang, namun satu perkara yang mengganggu pikirannya adalah satu lagi 'wajah' yang menempel pada bahagian belakang kepalanya.
Tidak ada laporan perubatan yang lengkap kerana teknologi yang terbatas pada zaman tersebut, namun semua bersetuju menyatakan bahawa Edward adalah seorang pemuda yang menawan dengan keperibadian yang mulia... Namun kehensemannya itu hanya dilihat dari depan, ketika beliau membalikkan tubuhnya muncul wajah muram dan menakutkan.
Beberapa kisah lain menyebutkan bahawa muka kedua Edward adalah wajah seorang gadis cantik, tetapi para pengkaji membantah kerana kembar parasit selalunya mempunyai jantina yang sama.
Ada cerita lain menyebutkan wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yang terlalu ganas dan penuh kejahatan
Edward begitu tersiksa dengan wajahnya dan beliau pernah berjumpa beberapa orang doktor untuk membuang wajah keduanya.
Satu lagi perkara yang menarik tetapi tak masuk akal adalah fakta mengenai muka tersebut seolah-olah dapat bersuara, namun hanya didengar oleh Edward sahaja. Beliau mengaku wajah keduanya selalu berbisik dengan bahasa syaitan dan menceritakan perkara-perkara di neraka kepadanya pada malam hari... namun tidak ada doktor dan pakar yang sanggup untuk menyiasat kes tersebut kerana tiada kaedah dan peralatan yang sesuai ketika itu.
Akhirnya Edward berada pada puncak kecelaruan yang tinggi membuatnya beliau mengakhiri hidupnya pada usia 23 Tahun. Beliau menggunakan racun untuk bunuh diri dan menulis dalam surat terakhirnya bahawa muka itu perlu dibuang sebelum beliau dikebumikan kerana takut kalau-kalau ianya terus membisikkan perkara jahat didalam kubur.

No comments:
Post a Comment