DUA JENIS AHLI IBADAT
Janganlah engkau menjadi seperti orang yang bodoh itu, iaitu apabila berada di khalayak ramai sibuklah ia menunjukkan amalannya, rajinlah ia beribadat dan bersikap zuhud, berusahalah ia mempamerkan warak, rukuk, dan sujud.
Tetapi, jika dia bersendirian banyak kesalahannya dan kesia-siaan dirinya. Itu pura-pura namanya. Itu riyak namanya. Itu bukan sikap orang Mukmin, tetapi sikap orang Zindiq. Maka hendaklah engkau jauhkan dirimu daripadanya!
[Sheikh Abdul Qadir Al Jailani]
No comments:
Post a Comment