Tuesday 27 December 2016

SYARIAT ALLAH

SYARIAT ALLAH
Sebelum mengaji dan mengkaji DIRI.. Kita perlu tahu wujud itu sifat wajib bagi ALLAH Ta'ala..
Cuba fahami apa sebenarnya kalam 
"LA MAUJUD BILHAQQI ILALLAH"
atau..... "Selain ALLAH tidak ada"..
atau....."Yang Ada itu hanya ALLAH"..
Apakah sebenarnya tujuan setiap insan..? Setelah segalanya ALLAH.. Yang zahir dan batin itu ALLAH.. Awal akhir itu ALLAH..
Yang menafi dan yang diisbat itu orang yang sama AKU kata ALLAH.. Maka kenapa lagi mencari ALLAH? Jika semuanya ALLAH!
Sudah terang yang ada itu, itulah ALLAH.. Maka itulah nabi berpesan "kenal diri kenallah ia akan ALLAH"
Sebenarnya mengenal diri membahas RASA dan KESEDARAN HAKIKI.. Dahulu tidak kenal setelah mengenal sebenarnya HANYA KESEDARAN namun orangnya tetap sama jua..
Keistimewaan manusia adalah ia mengenal siapa sebenarnya DIRInya.. Kesempurnaan manusia itu adalah dapat isra' mikraj.. Walau semua itu hakikatnya AKU.. Inilah hakikatnya..
Namun cuba kita renung al kisah ini..
Malaikat juga tidak mengenal dirinya, jika Malaikat mengenal diri sudah tentu ia nampak AKU lah manusia itu dan ketika AKU menjadi khalifah.. Malaikat itu tidak sesekali berkata "apakah Tuhan Ku ingin melihat manusia berbunuhan dan saling menumpahkan darah".. Inilah tanda kalam Malaikat itu tidak makrifat.. Sesungguhnya AKU Allah yang mengetahui..
Demikian juga cerita Iblis.. Jika Iblis makrifat kenal dirinya sudah tentu Iblis nampak ADAM itulah Wajah AKU.. Sudah tentu Iblis bersujud kepada AKU di sebalik ADAM.. Kenapa Iblis tidak sujud? Kerana Iblis tidak mempunyai RASA (perasaan) sesempurna manusia yang mengenal DIRI..
Puncak Makrifat itu sebenarnya pada sifat, Supaya WUJUD hanya SATU,,
Tidak lagi tercari-cari di mana ALLAH...
Inilah AKU seadanya...
Zahir Nabi Muhammad itulah
wajah AKU..
Kamu,
Bulan,
Bintang,
Matahari,
Syurga,
Neraka,
itulah wajah-wajah AKU..
Malaikat dan Iblis,, Jin dan Manusia dan segala yang dikatakan sesuatu itulah AKU.. nama dan wajah-wajah AKU..
"Ke mana saja AKU menghadap , itulah AKU nyata dengan Wajah-Wajah AKU"
Pemutus MAKRIFAT itulah AKU.. Namun ketentuan dan ketetapan AKU tetap berlangsung seperti apa yang AKU tulis di azali yang dizahir dan dinyatakan oleh RUH..
Maksudnya RUH itu hanya melepaskan Gerak dan kelakuan AKU.. Bergerak nya Ruh itu adalah gerak ketetapan dan ketentuan di Lauh Mahfuz KU..
Justeru, RUH itu kitab bagi jasad.. Menceritakan segala kelakuan, rezeki, jodoh, dan kematian jasad, rupa jasad dan warna kulit dan pemikiran dan bakat-bakat jasmani semuanya sedia pada RUH yakni KITAB yang tidak akan berubah dan tidak boleh dihapus atau ditambah lagi tulisan-tulisan kitab ini..
Kembali kepada ketetapan dan ketentuan itu.. Itulah yang dikatakan kembali kepada "Syariat Allah".. Maksud syariat sebetulnya bukanlah sembahyang, sedekah, zakat, haji, puasa dan lain-lain itu, itu "perbuatan syariat"..
Jadi setiap manusia itu ada ketentuan dan ketetapan baginya (kitab) samada buruk atau baik, suka atau tidak suka.. Maka itu.. BACA LAH

No comments:

Post a Comment