Tuesday 27 December 2016

MAKSIAT

MAKSIAT
Maksiat dilarang oleh Allah kerana ia membawa mudarat bukan sahaja di akhirat, bahkan di dunia. Orang yang bermaksiat akan didera oleh dua 'neraka' - satu neraka akhirat yang kekal abadi, satu lagi ialah 'neraka' dunia yang juga tidak kurang azabnya.
Menurut para ulama azab dunia buat pelaku maksiat adalah: 
* Hilang keberkatan REZEKI
* Sukar untuk BERIBADAH
* Terhijab daripada ILMU yang bermanfaat
* Hilang rasa MALU
* Sentiasa diburu oleh rasa WASWAS, GELISAH dan CEMAS
* Terjejas KESIHATAN tubuh badannya
Ibnu Kathir menjelaskan keadaan orang yang melakukan maksiat dengan katanya:
"Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meskipun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa-apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana-mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama mana dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk, maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit."

No comments:

Post a Comment