Tuesday 27 December 2016

AMAL YANG PALING AFDHAL

AMAL YANG PALING AFDHAL
Bertanya sahabat kepada Baginda Rasullullah S.A.W. "Apakah amal yang paling afdhal, Ya Rasulullah?"
Rasullullah menjawab: "..Makrifatullah.."
Bertanya lagi para sahabat kpd Baginda Rasulullah "Amal apakah yang terlebih afdhal pahalanya, Ya Rasulullah?"
Jawab Baginda Rasullullah: "..Makrifatullah.."
Bertanya lagi para sahabat, pertanyaan kali ini bukan lagi sekadar bertanya, tetapi membangkang! : "Kami bertanya dari segi amal, kenapa engkau menjawab dari segi ilmu, Ya Rasullullah?"
Baginda menjawab: "Sedikit beramal dengan Mengenal Allah (Makrifatullah) itu, adalah terlebih manfaat (terlebih afdhal), manakala banyak beramal dengan tidak "Makrifatullah" (Mengenal Allah) tiada manfaat (tiada afdhal)"
*Amal ibadah termasuk solat itu hanya akan berfaedah, bermanfaat dan akan menjadi afdhal, sekiranya kita Mengenal Allah.. Mari kita tanya diri sendiri, apakah kita sudah mengenal Allah? Sekiranya bersolat atau beramal tanpa mengenal Allah, apakah hukumnya? Tanya dan jawablah pada diri sendiri..
"Maka celaka bagi orang-orang yang solat, di mana lalai di dalam solatnya."
(Surah Al-Ma'un: ayat 4)

No comments:

Post a Comment