Saturday 24 December 2016

SEBENAR-BENAR AL-QURAN?

MANAKAH YANG DIKATAKAN
SEBENAR-BENAR AL-QURAN?
Al Quran itu adalah firman Allah, firman Allah itu adalah qalam Allah, qalam Allah itu adalah kata-kata Allah, dan manakah yang dikatakan kata-kata Allah itu?
Kata-kata Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, dan yang kita baca sekarang ini berupa huruf dan bersifat suara, dan yang kita tatap di dalam tulisan yang berdakwat dan kertas itu bukan Quran. Itu lembaran yang berupa kertas yang berdakwat. Apakah kata-kata Allah itu berupa angin suara yang keluar dari halkum?
Apakah Quran (qalam) Allah itu boleh hangus apabila dibakar, dan boleh basah apabila direndam? Apakah qalam Allah itu terzahir hanya melalui kedua-dua bibir mulut sahaja? Apakah alam ini tidak menzahirkan qalam Allah?
Kata-kata Allah itu adalah qalam Allah, qalam Allah itu adalah firman Allah, dan firman Allah itu adalah Al Quran, tetapi manakah sebenar-benarnya Al Quran? Qalam Allah itu tidak bersuara, tidak berupa, tidak boleh dicetak dan tidak berhuruf. Apabila yang dikatakan Al Quran itu yang boleh hangus dibakar, yang boleh basah apabila dikencing oleh muda-mudi zaman sekarang ini, yang boleh dipijak-pijak, maka amatlah hinanya qalam Allah itu di sisi masyarakat sekarang ini. Apakah Allah tidak boleh jaga qalamNya yang suci, yang mulia lagi berkat itu sendiri?
Kebesaran Ayat Al Quran Yang Berupa Huruf
Ada satu cerita yang saya dengar dari ayahanda saya, pada suatu hari, ada seorang anak muda ingin merantau ke negeri orang dan pada kebiasaannya dahulu, apabila seseorang itu hendak merantau ke negeri orang, selalunya terlebih dahulu meminta doa restu dari orang-orang alim atau keramat. Maka pergilah beliau menghadap seorang alim untuk mendapatkan azimat atau tangkal. Orang alim itu pun menghulurkan sekeping kertas azimat yang sangat kecil dan nipis dan berpesan kepada pemuda itu supaya jangan sesekali membuka dan membaca azimat yang diberikan itu.
Lalu, bawalah pemuda itu dengan rasa tanggungjawab dan harapan yang tinggi agar azimat itu dapat menyelamatkan beliau dari segala rintangan musuh sebagai pendinding. Sesampainya pemuda itu di kalangan pemuda-pemuda yang turut merantau, maka berbual-buallah mereka sambil menceritakan bahawa salah seorang dari mereka diberikan azimat berupa selendang yang panjang yang bertuliskan ayat-ayat Al Quran yang dililitkan di kepala dan ada yang dililit di pinggang dan sebagainya.
Semua azimat kawan-kawannya besar-besar dan panjang-panjang sedangkan azimatnya hanya berupa kertas kecil lagi nipis bahkan lebih kecil dari ibu jari. Maka timbullah keraguan dan syak-wasangka, dan terbitlah di dalam hatinya untuk membuka dan membaca kertas tersebut. Apa yang dilihatnya hanyalah sebutir tulisan jawi yang berupa huruf ‘wau’, lalu dicampakkannya kertas itu dan terbanglah kertas itu bagaikan wau (layang-layang).
Sebenarnya, cerita ini bagi menggambarkan kepada kita bahawa Al Quran itu, biarpun berupa sekeping kertas, namun keberkatan, kebesaran dan kemuliaan Al Quran itu besar terlebih lagi apabila kita telah mengetahui mana sebenar-benarnya Al Quran yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu.
Syariat, tarikat, hakikat, dan ma’rifat itu mesti seiring dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Di antara empat ini, ma’rifat (mengenal Allah) lah yang paling utama dan mesti dimulakan dengan ma’rifat agar syariat, tarikat, dan hakikat itu berada pada landasan dan aturan Allah. Mengenali Allah itu wajib iaitu rukun iman dahulu, barulah rukun islam. Ma’rifat dahulu dan barulah syariat, dan akhirnya ma’rifat itu syariat. Jika tiada ma’rifat dahulu iaitu tidak mengenal Allah terlebih dahulu, bagaimanakah mahu bersaksi bahawa tiada tuhan hanya Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah. Maka, jika mengenal Allah dan faham ma’rifat akan Allah itu, benar dan mudahlah syariat itu. Jika syariat sahaja tanpa mengenal Allah, maka bukan ibadahlah namanya, jadilah riadah kerana tidak dikenal akan Allah itu.
LikeShow More Reactions
Comment
Comments
Doni Aria Firdaus Apakah ilmu tertinggi (bukan maqom) di dalam Quran??
LikeReply38 minsEdited
Hakikat Insan Ilmu paling tinggi adalah ilmu syariat.. Manakala ilmu makrifat adalah ilmu asas, atau ilmu permulaan bagi yang mengaku beragama islam.. Kerana itu ulamak-ulamak terdahulu mengatakan "awaluddin makrifatullah"
LikeReply124 mins

No comments:

Post a Comment