Tuesday 27 December 2016

KEHIDUPAN INI HANYALAH SENDA GURAU

KEHIDUPAN INI HANYALAH SENDA GURAU.. MAKA ITU, BERSAHAJA-SAHAJALAH DI DALAM KEHIDUPAN INI..
Pada satu hari tu kan, ada la seorang raja Raja yang tiba-tiba menjadi sangat marah kepada Si Perdana Menteri di atas sebab-sebab tertentu, dan. Dengan tanpa berfikir panjang, dia dengan serta mertanya telah menjatuhkan hukuman mati ke atas si Pendana Menteri.
Telah menjadi adat negara itu bahawa setiap kali seseorang itu akan disalib, raja sendiri berkeharusan untuk datang dan berjumpa si banduan yang malang itu. Dia akan disalibkan pada waktu malam, Akan tetapi raja itu telah tiba pada waktu pagi. Dan dia datang bersama seekor kuda yang sangat cantik.
Banduan itu sempat melihat kuda melalui luar tingkap. Dan dapat di lihatnya raja itu masuk, belum sempai Raja sampai ke kawasan lokap banduan yang malang itu, Banduan itu telah menangis dengan begitu bersungguh-sungguhnya..
Melihat akan keadaan itu, Raja pun berkata,
'Mengapakah dengan kamu?, Adakah kamu takut pada mati?'
Perdana Menteri pun berkata, 'Tidak, Patik tidak menangis kerana kematian Patik.., Patik menangis adalah dikeranakan seekor kuda yang di luar sana!'
'Ketika Patik masih muda patik sempat tinggal dengan alkimia. Patik belajar darinya satu ilmu ajaib, yang mananya amat berseni begitu unik, iaitu ‘ilmu seni mengajar kuda untuk terbang’. Tetapi ilmu ini hanya boleh diajar kepada Kuda yang tertentu sahaja. Bukan semua kuda boleh diajar dengan ilmu ini. Sesungguhnya Patik telah pun mencari sejenis kuda yang khas ini hampir keseluruh hidup Patik, akan tetapi baru hari inilah mata Patik bertemu dengan Kuda yang dimaksudkan, malangnya malam ini nyawa Patik akan di pisahkan dari badan Patik, Patik menangis kerana perantisan panjang patik dengan alkimia, adalah berkesudahan dengan sia-sia!, Malam ini patik akan mati di dalam suasana kegagalan yang besar.'
Mendengar akan itu Raja menjadi sangatlah terpesona dengan idea bahawa kuda boleh terbang. Jika mungkin dia akan menjadi satu-satunya raja di seluruh dunia ini yang memiliki seekor kuda yang berkemampuan untuk terbang!, Beliau pun berkata,
'Berapa lamakah waktu yang diperlukan kamu, untuk mengajar kuda ku terbang?!!'
Lelaki separuh malang itu pun membalas, 'Hanya satu tahun sahaja'
Raja memerhati ke dalam mata perdana menteri itu untuk sebeberapa saat, lalu berkata,
'Baiklah!!, Aku mempercayai kamu!. Aku berikan kamu tempoh satu tahun! Jika kamu boleh mengajar kuda ku terbang!, bukan sahaja kamu akan dilepaskan kamu daripada hukuman kematian, malah kamu juga akan mendapat separuh kerajaan Ku. Dan jika selepas setahun, kuda ku itu masih tidak boleh terbang!!, kamu akan dibunuh!!, maut adalah ganjaran buat mu!!'
Perdana Menteri pun mengambil kuda dan pulang ke rumahnya. Sesampai di rumahnya keluarganya pun bertanya di dalam kehairanan,
“Apa yang sebenarnya yang telah berlaku?! Adakah kamu melarikan diri dari penjara?”
Perdana Menteri ketawa dan berkata,
“Biar aku memberitahu kalian akan keseluruhan ceritanya!"
Dia memberitahu seluruh cerita. Lantas Isterinya mula menangis dan seterusnya anak-anaknya pula menangis dengan lebih kuat. Dia Isterinya mencelah berkata,
“Saya sedar bahawa semua ini adalah benar-benar perbuatan yang berasas penipuan!. Kamu tidak tahu apa-apa ilmu yang mampu membawa keajaipan!, kamu tidak pernah berguru dengan mana-mana ahli kimia!. Kepalsuan ini akan membuat kamu menjadi lebih sukar dan semakin susah keatas untuk kita semua. sepanjang tahun di depan ini, saya akan menderita, kerana Saya telah mengetahui hal yang sebenarnya dan apa yang bakal di penghujungnya nanti!"
Perdana Menteri berkata,
“Wahai Isteri ku, mengapakah dengan fikiran mu? Tidakkah engkau sedari, di dalam satu tahun apa-apa boleh berlaku... Raja boleh mati, saya boleh mati, kuda boleh mati!, Semuanya adalah telah tertulis pada buku takdir keatas satu satu kehidupan, dan tiidak ada yang mustahil. Satu tahun adalah satu jarak masa yang cukup lama -, yang pentingnya Aku telah bebas, maka Janganlah dibimbangi!”
Dan kalau kalian semua nak tahu!, kesudahannya at the end of the story is unbelievable: all three died!, Yes!! Si Raja, Kuda dan Perdana menteri, ketiga-tiga meninggal dunia” :D
Itulah kenyataan kesudahannya, yang Megah berkuasa, yang Lemah sebagai mangsa, yang bijak, yang bodoh, yang hodoh, yang cantik, yang baik, yang kejam dan yang berbagai-bagai ‘yang’ lagi lah untuk di sebutkan!, Yes Sahabat FB ku semua, di akhirnya ”SEMUANYA MAAAAATI, Abih cerita, nak pulun sangat apa aih sampai teruk teruk!? semua ni doOONIA SAJA BAQ AAANG!” :D
Perkongsian dari FB tuan Ismail Ariffin

No comments:

Post a Comment