Sunday, 15 November 2015

Tazkirah


Firman Allah Taala didlm Hadis Qudsi,
Aku berasa hairan terhadap hambaku yg mengerjakan sembahyang tetapi tdk ingat kpdku,cuma yg dia ingat dlm kepalanya ialah hartanya & urusan dunia,dia tdk sedar bahawa akulah yg mengerakkan dan mendiamkan sesuatu,aku tdk akan sekali kali menerima amalanya krn dia menjadi hamba harta dan bukan hambaku,

Hairan aku apabila melihat hambaku yg membuat amal ibadat tetapi berasa cukup dgn ilmu yg sedikit sehingga tdk tahu akan segala syarat amalan dan rukunnya serta yg membatalkan amalan itu,

Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w. Beramal tanpa ilmu sesat yg amat Sangat,Ilmu tanpa Amal Dosa yg Amat Besar,


๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ
๐ŸฎTAATlah Wahai Diri๐Ÿฎ
Firman ALLAH;
Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh)
(Surah Al-'A`lรก:14)

Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka ALLAH tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Baqarah:148)

Rasulullah SAW bersabda:
Orang yang bijak ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati, Sedangkan orang yang gagal adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) ALLAH.” (H.R Ibn Majah)
๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

No comments:

Post a Comment