Sunday, 15 November 2015

Tazkirah-orang yang telah melupa


Zaman ini adalah zaman ramai orang yang telah melupakan Allah dan Rasul. Allah telah menjadikan manusia dikalangan makhluk yang penuh dengan keistimewaan. Allah menyediakan segala keperluan untuk manusia dari alam ruh, alam dunia, alam barzakh sehingga ke alam akhirat. Apa yang dijadikan oleh Allah, semua itu adalah kebaikan untuk manusia samada suka atau tidak akan perkara itu kerana setiap perkara itu ada hikmah disebaliknya.

Ketika mana Nabi Adam As diturunkan ke bumi ini, dia telah menyedari bahawa dia telah melakukan satu kesalahan yg membuatkan Allah murka. Lalu Nabi Adam As sujud memohon keampuanan kepada Allah selama 40 tahun. Air mata yang jatuh dari Nabi Adam As selama 40 tahun itu telah membentuk parit-parit dan anak-anak sungai didunia ini. Keampunan yang diterima oleh Nabi Adam As adalah kerana nurnya Muhammad Sollallhu Alaihi Wasallam.

Dan kerana Nur Muhammad itu, Allah telah menciptakan setiap makhluk baik malaikat, jin, manusia, binatang, alam dan Nabi Adam As itu sendiri. Semua ini adalah kerana cinta-Nya Allah kepada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam. Ketika mana Allah ciptakan manusia, Allah telah siap-siap meletakkan perasaan cinta kepada tuhan dalam hati setiap manusia itu.

Ustaz Azahar Hashim Al Hadrami
"Cinta Allah & Rasul"
Majlis Ilmu Al-Aziziah | 14.11.2015


Kisah Sahabat Nabi

Dikafani Jubah Rasulullah Saw

Seorang lelaki dari suatu kabilah Arab datang untuk beriman dan mengikuti Nabi SAW. Ia juga berkata, "Aku akan berhijrah bersamamu!"

Nabi SAW menyerahkan lelaki tersebut pada para sahabat untuk diajari seluk-beluk Islam. Pada perang Khaibar, lelaki ini ikut serta dan diberi tugas untuk memelihara dan merawat unta-unta. Ketika perang berlangsung, beberapa rampasan perang telah didapat, dan Nabi SAW membaginya kepada para sahabat, termasuk lelaki tersebut. Tetapi ketika harta tersebut diantarkan kepadanya oleh seorang sahabat, ia bertanya, "Apakah ini?"

"Bagian dari rampasan perang yang dibagikan Rasulullah SAW untukmu!!" Kata sahabat tersebut.

Seketika ia pergi menemui Nabi SAW sambil membawa harta bagiannya tersebut, dan berkata, "Wahai Rasulullah, sungguh aku mengikuti engkau bukan karena ini, tetapi aku mengikuti engkau agar aku dipanah disini…,"

Lelaki tersebut menunjuk ke arah leher atau kerongkongannya, kemudian ia berkata lagi, "Lalu aku mati dan bisa masuk surga."

Nabi SAW tersenyum mendengar penuturannya tersebut, kemudian beliau bersabda, "Sekiranya engkau berkata jujur, Allah pasti akan membenarkanmu."

Lelaki ini bangkit, dan bergabung di barisan depan untuk memerangi kaum Yuhadi yang masih mempertahankan benteng Khaibar. Tidak lama kemudian, beberapa sahabat mendatangi Rasulullah SAW sambil membawa lelaki tersebut yang telah tewas, anak panah menancap di kerongkongannya, tepat di tempat ia menunjuknya. Nabi SAW bertanya, "Dia lelaki itu?"

Para sahabat mengiyakan. Nabi SAW bersabda, "Dia telah jujur kepada Allah sehingga Allah membenarkannya."

Nabi SAW mengkafaninya dengan jubah beliau, meletakkan di depannya dan dishalatkan. Sebagian dari doa beliau untuk lelaki ini adalah, "Ya Allah, ini adalah hambaMu, ia telah keluar berhijrah di jalanMu, kemudian terbunuh sebagai syahid dan aku sebagai saksi baginya.

No comments:

Post a Comment