Monday, 6 June 2016

ilmu

Sebagaimana tafsiran hari raya haji (korban), sebegitulah tafsiran hari raya puasa. Jika diambil kira ilmu syariat, pengertian serta tafsiran hari raya puasa adalah merujuk kepada hari kemenangan. Maksud sebenar kemenangan itu apa?. Menang apa?. Berperang tidak, berjuang tidak dan berjihad tidak, apakah yang hendak dimenangkan?. Tidak akanlah, hanya dengan 30 hari menahan lapar dan dahaga itu, dikatakan tanda menang?.

Apakah dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga itu boleh  dikatakan menang?. Setakat berpuasa  lapar dan dahaga, kanak kanak seusia 4 atau 5 tahun juga boleh menahan lapar dan dahaga sebagai mana kita yang dewasa. Apakah itu boleh dikatakan kemenangan?.

Hadis ada mengatakan bahawa,

SERINGAN RINGAN BERPUASA DIBULAN RAMADHAN ITU, ADALAH MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA.

Jika berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, itu adalah darjat atau tingkatan puasa yang paling kecil (terkebawah), seringan ringan, serendah rendah dan selemah lemah puasa. Manakah yang dikatakan seberat berat, sebenar benar dan seafdal afdal puasa itu?. Jika yang kecil dan yang ringan sahaja yang kita mampu, kejar, cari dan utamakan, sampai bila untuk kita mendapat tahap puasa yang sebenar benar puasa, sebenar benar puasa dan seberat berat puasa?. Jika kita hanya asyik  mengutamakan puasa yang kecil (ringan) tanpa mengerjakan puasa yang berat dan besar, manakah yang dikatakan kemenangan?. Hendak menang apa????????

Orang yang berpuasa itu, adalah orang yang didalam kemenangan. Sekadar menang lapar dan menang dahaga, itu adalah tahap kemenangan puasa yang rendah dan itu adalah darjat kemenangan  puasa yang lemah dan kecil. Kemenangan yang tidak mendatangkan kejayaan itu, bukanlah dikatakan kemenangan.

Apakah erti kemenangan tanpa kejayaan?. Menang dengan tidak berjaya, apakah boleh dikatakan menang?. Seperti kata pepatah melayu, "menang sorak, kampung tergadai". Itukah yang dimaksudkan kemenangan?. Lulus peperiksaan tetapi tidak ada sijil. Apakah itu dikatakan kejayaan atau kemenangan?. Tanam jagung tetapi tidak ada buah. Apakah itu menang dan apakah itu berjaya?.

Kanak kanak berusia 4 atau 5 tahun juga boleh melakukan puasa, menahan dahaga dan lapar sebagaimana apa yang dikerjakan oleh orang dewasa. Adakah itu kejayaan dan adakah itu kemenangan?. Sedangkan dalam hadis, dengan terang dan jelas mengatakan  bahawasanya "menahan lapar dan dahaga itu, adalah seringan ringan puasa di bulan Ramadhan". Apakah tuan tuan sudah berusaha untuk mencari sebenar benar dan seberat berat puasa?.

Cukupkah dengan sekadar mengendong sesuatu perkara yang ringan, yang juga boleh digendong oleh anak anak sebaya sekolah tadika?. Sepatutnya kita yang dewasa ini, mengerjakan puasa yang lebih berat, yang lebih besar dan yang lebih afdal.

"Seringan ringan puasa di bulan Ramadhan itu adalah menahan lapar dan dahaga". Apakah sudah kita jumpa puasa yang berat atau puasa yang besar?. Tanya diri kita sendiri, manakah maksud puasa yang besar dan manakah puasa yang berat?.

Menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan itu, adalah pekerjaan puasa syariat yang ringan. Mana pengertian puasa yang hakiki dan puasa yang sebenar?. Pekerjaan puasa syariat itu, hendaklah disertai dengan pekerjaan hakikat. Amalan syariat yang tidak disertai amalan hakikat itu, adalah batal atau hampa.

Hadis dari Imam Malik:

Syariat yang tidak disertai hakikat itu, adalah kufur dan hakikat yang tidak disertai syariat itu, adalah kafir.

Cuba tuan tuan tanya diri sendiri, adakah sudah kita mengerjakan puasa hakikat dengan tidak meninggalkan puasa syariat ?. Jika ada, cuba tanya diri sendiri, apakah maksudnya syariat puasa dan apakah maksudnya hakikat puasa itu?.

Jika sekiranya kita tidak boleh menjawab atau mentafsirkan pengertian hakikat puasa (roh puasa), apalah ertinya puasa kita selama ini. Dimanakah kedudukan puasa kita disisi Allah, yang selama ini dikerjakan?. Apakah maksud pengertian seberat berat dan sebenar benar puasa itu?.

Jika hanya tahu mengerjakan puasa ringan sebagaimana yang dikerjakan oleh kanak kanak dengan tidak disertai puasa yang berat ataupun puasa yang besar, apakah nilai dan letaknya puasa kita disisi Allah??????.

Oleh itu cukup cukuplah, sedar sedarlah dan hentikanlah mengerjakan "hanya atau semata mata" perkara perkara kecil dan perkara ringan sahaja. Marilah sama sama kita menuju kepada sebenar benar ibadah puasa yang besar, yang afdal dan yang seberat berat puasa disisi Allah Taala.

Bagi memahami puasa berat, puasa besar dan puasa yang sebenar benar afdal itu, hendaklah kita kembali rujuk kepada erti bulan Ramadhan. Apakah ertinya bulan Ramadhan?. Erti bulan Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan bulan barakah. Bulan dikunci iblis dan syaitan, bulan dibuka pintu syurga dan dibuka pintu langit. Juga, bulan keampunan dan bulan dimakbulkan doa.

Mana nikmatnya puasa, jika dalam berkeadaan lapar?. Mana rahmatnya puasa bila berkeadaan tidak makan dan tidak minum?. Mana berkatnya puasa jika makanan tidak dapat dimakan?.

Manakah yang dikatakan pada bulan Ramadhan itu, dirantai, diikat dan dipenjara segala iblis dan syaitan oleh Allah, jika pada bulan Ramadhan juga masih ada berlaku maksiat disana sini?. Dibulan Ramadhan juga masih ada orang ditangkap khalwat, masih ada orang minum arak dan juga berjudi.

Masih ada kemungkaran dimerata alam. Jenayah perkosaan, pembuangan bayi, kecurian, rompakan dan pembunuhan masih juga berlaku disana sini pada bulan puasa. Masih berlaku kes bersekedudukan, kelakuan sumbang mahram dan kemungkaran yang dilakukan dibulan puasa?.

Sedangkan Allah berfirman bahawa dibulan Ramadhan itu, segala jenis syaitan dan segala jenis iblis, diikat, dikunci, dirantai, dan dikurung dalam lokap oleh Allah?.

Apakah masih ada syaitan atau iblis yang lain?. Apakah kurang kuat lokap, penjara, rantai atau jel Allah, sehinggakan iblis boleh terlolos atau terlepas dari penjaraNya?. Adakah syaitan atau iblis itu, mempunyai makna, maksud atau erti yang lain, segala kejahatan itu didorong oleh iblis dan syaitan?. Sedangkan iblis dan syaitan dibulan puasa Ramadhan itu, telah dikurung, dikunci dalam penjara dengan rantai Allah.

Apakah rantai Allah itu, boleh terputus sehingga terlepas atau terlolosnya syaitan dari lokap Allah?. Jika benar iblis atau syaitan itu, ada maksud, makna atau erti lain disebaliknya, dimanakah dan siapakah sebenarnya syaitan dan iblis?????

Bagi menghayati pengertian hari raya puasa, hendaklah sekali lagi kita tahu apa itu ertinya Ramadhan. Ramadhan itu, ertinya rahmat, nikmat dan barokah. Perkataan Ramadhan, apabila dimelayukan, ia akan membawa erti rahmat, nikmat atau berkat. Untuk mengetahui maksud dan erti Ramadhan yang sebenar, hendaklah kita jangan membunyikan bahasa arab. Terus sahaja kita sebut dengan bunyi bahasa melayu iaitu rahmat, nikmat dan barokah.

Inilah cara atau kaedahnya ulamak ulamak terdahulu menggali  mengkaji dan menilai maksud yang tersirat disebalik bahasa.

Akhir kata....
Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh kepada sahabat sahabat yang memberikan salam dan terima kasih diatas segala perkongsian ilmunya disini. Alhamdulillah.....
InsyaAllah, bersambung lagi dengan perkara PUASA.....
Assalamualaikum..

Terima kasih Ya Allah.

Aamiin Ya Allah.

ZAINI ZAKARIA.

No comments:

Post a Comment