Thursday, 9 June 2016

kalam

Tiada Allah menjadikan segala sesuatu itu sia-sia, kerana Dia-lah yg dzahir pada segala sesuatu

Hanyasanya diri yg terhijab dengan keakuan dirinya sendiri daripada memandang Allah

Orang yg salik lari daripada segala sesuatu kerana ia bimbang terjauh daripada Allah

Orang yg Wasil berhadap kepada segala sesuatu, kerana baginya tiada segala sesuatu itu selain Allah

Dan bahawasanya dalam kedua-dua hal itu adalah anugerah dan kurniaan Allah yg besar terhadap hamba-hamba pilihanNya

Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan mengurniakan kepada kita sekalian husnul-khatimah

- BUTA SELAIN ALLAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"Orang yg merasai kelazatan iman, ialah orang yg meridhai Allah sebagai Tuhan, menerima Islam sebagai agama dan mengakui Muhammad sebagai Nabi"

  - SABDA RASULULLAH S.A.W

Ahli-dunia terhijab dengan dunia daripada memandang Allah

Ahli-akhirat terhijab dengan akhirat daripada memandang Allah

Ahli-Allah tiada terhijab dengan sesuatu daripada memandang Allah

Serulah manusia kepada mengesa Allah, janganlah engkau menyeru manusia kepada dirimu

- BUTA SELAIN ALLAH

Bulan suci hati, segala sesuatu selain Allah adalah najis dalam hatimu, maka sucikanlah

Berpuasa-lah menahan hati dan akalmu daripada segala sesuatu selain Allah

Berhadaplah kepada Allah, jangan engkau bersahur dan berbuka melainkan dengan Allah

Himmahkan-lah hatimu kepada Allah, Dzat Yg Wajibul-Wujud Pencipta sekalian makhluk

- BUTA SELAIN ALLAH

Allah Sendiri Yg Maha Qadim yg menamakan Dia Allah sebelum lagi wujud penciptaan alam ini

Allah mengkhabarkan NamaNya Allah kepada para Nabi dan Wali-Wali Allah secara langsung tampa orang tengah, rahsia Nama DzatNya

Rahsia Nama Allah itulah dianugerahkan kepada para pemegang panji-panji Sirullah, iaitu para Nabi dan Wali-Wali Allah

Awal kejadian itu ialah Nur-Muhammad S.A.W dan akhir kejadian berjasad itu ialah Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim, Nabi dan Rasul akhir zaman, khatamu- Nubbuwwah

Tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W melainkan para Wali pewaris rahsia Kenabian

Nabi Muhammad S.A.W adalah cahaya sekalian alam, kekasih Allah, gedung rahsia Ketuhanan dibumi

Pengzahiran Tuhan yg paling sempurna pada dua alam duniawi dan ukhrawi

Itulah rahsia KeEsaan Allah, tetapi Muhammad bukanlah Tuhan, hanyalah hamba Tuhan dan kekasih Tuhan sekalian alam

Hati-hati! Lembah merbahaya ini dan halus tipu-dayanya, ramai manusia yg mencari Tuhan dengan akalnya semata-mata tampa hidayah Allah telah sesat didalam gaung kezindikkan

Kenal Allah dengan Allah, dengan rahmat dan pimpinan Allah, anugerah dan kurnia Allah kepada sesiapa yg dikehendakiNya

Jangan ada sesiapa pun yg cuba membataskan Allah dengan sesuatu, Dia Maha Mutlak dan Dzat AgungNya tidak terikat kepada segala sesuatu

Dia Allah, tiada Tuhan selain Dia, Tuhan bagiku, bagimu dan bagi sekalian alam

Semoga Allah memberi petunjukNya kepada jalan makrifatullah yg sebenar

- BUTA SELAIN ALLAH

Selamat berpuasa semua.....

Semoga amalan kita tidak  termasuk golongan Nafsu Tersembunyi.


NAFSU TERSEMBUNYI

Ceritanya agak panjang. Tapi elok dibaca hingga habis.

Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq. Beliau bercerita:
Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku harus menafkahi seorang isteri dan seorang anak.
Lilitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”
Di tengah perjalanan pulang, aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.
Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tak terdaya terlalu lama menahan rasa lapar yang melilit diri.
Tolong beri dia sesuatu yang boleh dia makan.
Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”
Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang takkan kulupakan sepanjang hayat.

Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.
Demi Allah, padahal waktu itu tak sesen pun dinar atau dirham kumiliki. Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.

Spontan, si ibu tak dapat membendung air matanya(menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku,
sementara beban hidup terus bergelutan di pikiranku.
Sejenak, kusandarkan tubuh ini di sebuah dinding, sambil terus memikirkan rencanaku menjual rumah.
Dalam posisi seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.
“Hei, Abu Muhammad...!
Kenapa kau duduk duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”,
jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada lelaki datang dari Khurasan.
Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang punya hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu,dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah
ia kumpulkan selama 30 tahun.
Lantas dia rugi besar dan bangkrap.
Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu.Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan.
Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik.

Bisnesnya meningkat jaya. Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi,
berganti dengan limpahan kekayaan.
Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan niaganya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu, berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku.
Sebagai bentuk syukur.
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi.
Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, santunan dan berbagai bentuk amal soleh.

Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solehku.

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang orang SOLEH.

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi.
Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat.
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan.

Aku juga lihat, badan mereka membesar.
Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah, isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan,
sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai.
Mereka mulai meletakkn satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.
Namun alangkah ruginya aku. Ternyata di balik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal soleh.
Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.Aku putus asa.
Aku yakin aku akan binasa.
Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku mendengar suara,
“Masihkah orang ini punya amal baik?”
“Masih...”,
jawab suara lain. “Masih berbaki ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku...

Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku,
sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku.
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukkanku.
Tak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.

Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah.
Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat.
Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata,
“Orang ini selamat dari seksa neraka...!

*Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!*

Allahuakbar!!! aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku,keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari *Nafsu Yang Tersembunyi.*

Sumber tazkirah telah kupetik dari kitab"KISAH TAULADAN"
"Ar-Rafi’i dalam  Qalam (2/153-160)".

semoga bersama kita beroleh manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah

Oleh Abu Musoddiq

SILA SHARE DAN SEBARKAN

No comments:

Post a Comment