AWALUDIN MA’RIFATULLAH
Awal Agama Mengenal Allah.
Awal Agama Mengenal Allah.
LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFAT ertinya: Tidak sah solat tanpa mengenal Allah.
MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU ertinya: Barang siapa mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya.
ALASTU BIRAB BIKUM QOLU BALA SYAHIDNA ertinya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi. (AL ARAF: 172)
AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU ertinya: Manusia itu RahsiaKu dan Akulah Rahsianya.
WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSIRUN ertinya: Di dalam dirimu mengapa kamu tidak melihat.
ANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ ertinya: Aku lebih dekat dari urat nadi lehermu.
LA TAK BUDU RABBANA LAM YARAH ertinya: Aku tidak akan menyembah Allah apabila aku tidak melihatnya terlebih dahulu.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH
Pada malam Ghaibul Ghaib iaitu dalam keadaan antah-berantah hanya Dzat semata. Belum ada awal dan belum ada akhir, belum ada bulan dan belum ada matahari, belum ada bintang belum ada sesuatu pun. Malahan belum ada Tuhan yang bernama Allah, maka dalam keadaan ini, Diri yang punya Dzat tersebut telah mentajalikan diri-Nya untuk memuji diri-Nya.
Lantas tajalilah Nur Allah dan kemudian tajali pula Nur Muhammad (Insan Kamil), yang pada peringkat ini dinamakan Anta Ana, (Kamu, Aku) , (Aku, Kamu), Ana Anta. Maka yang punya Dzat bertanya kepada Nur Muhammad dan sekalian Roh untuk menentukan kedudukan dan taraf hamba.
Lantas ditanyakan kepada Nur Muhammad, Aku ini Tuhanmu? Maka dijawablah Nur Muhammad yang mewakili seluruh Roh, Ya.. Engkau Tuhanku. Persaksian ini dengan jelas diterangkan dalam Al-Qur’an surat Al Araf, 172:
ALASTU BIRAB BIKUM, QOOLU BALA SYAHIDNA. Ertinya: Bukan aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami, kami menjadi Saksi. Selepas pengakuan atau persumpahan Roh itu dilaksankan, maka bermulalah era baru di dalam perwujudan Allah S.W.T. Seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi yang ertinya: “Aku suka mengenal diriku, lalu aku jadikan mahkluk ini dan aku perkenalkan diriku. Apa yang dimaksud dengan mahkluk ini ialah : Nur Muhammad sebab seluruh kejadian alam maya ini dijadikan daripada Nur Muhammad.
Tujuan yang punya Dzat mentajalikan Nur Muhammad adalah untuk memperkenalkan diri-Nya sendiri dengan diri RahsiaNya sendiri. Maka diri RahsiaNya itu adalah ditanggung dan diakui amanahnya oleh suatu kejadian yang bernama: Insan yang bertubuh diri batin (Roh) dan diri batin itulah diri manusia, atau Rohani.
Firman Allah dalam hadis Qudsi:
AL-INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU ertinya : Manusia itu RahsiaKu dan Akulah yang menjadi Rahsianya. Jadi yang dinamakan manusia itu ialah kerana ia mengenal Rahsia. Dengan perkataan lain manusia itu mengandungi Rahsia Allah.
Kerana manusia menanggung Rahsia Allah maka manusia harus berusaha mengenal dirinya, dan dengan mengenal dirinya manusia akan dapat mengenal Tuhannya, sehingga lebih mudah kembali menyerahkan dirinya kepada Yang Punya Diri pada waktu dipanggil oleh Allah S.W.T. Iaitu tatkala berpisah Roh dengan jasad.
(Tambahan Hajri khusyuk: kembali kepada Allah harus selalu dilakukan semasa hidup, masih berjasad, contohnya dengan solat, kerana solat adalah mikraj orang mukmin atau dengan ‘mati sebelum mati’). Firman Allah An Nisa, 58:
INNALLAHA YAK MARUKUM ANTU ABDUL AMANATI ILAAHLIHA. Ertinya: Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya memulangkan amanah kepada yang berhak menerimanya (Allah).
Hal tersebut di atas dipertegas lagi oleh Allah dalam Hadis Qudsi: MAN ARAFA NAFSAHU, FAQAT ARAFA RABBAHU. Ertinya : Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Tuhannya. Dalam menawarkan tugas yang sangat berat ini, pernah ditawarkan RahsiaNya itu kepada Langit, Bumi dan Gunung-Gunung tetapi semuanya tidak sanggup menerimanya.
Seperti firman Allah S.W.T. di dalam surah Al Ahzab ayat 72: INNA ‘ARAT NAL AMATA, ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL FA ABAINA ANYAH MILNAHA WA AS FAKNA MINHA, WAHAMA LAHAL INSANU. Ertinya: Sesungguhnya Kami telah menawarkan suatu amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi mereka enggan memikulnya dan merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya. Oleh kerana amanat (Rahsia Allah) telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk menunaikan janjinya. Dengan kata lain tugas manusia adalah menjaga hubungannya dengan yang punya Rahsia.
Setelah amanat (Rahsia Allah) diterima oleh manusia (diri Batin/Roh) untuk tujan inilah maka Adam dilahirkan untuk bagi memperbanyak diri, diri penanggung Rahsia dan berkembang dari satu abad ke satu abad, dari satu generasi ke satu generasi yang lain sampai alam ini mengalami KIAMAT DAN RAHSIA ITU KEMBALI KEPADA ALLAH.
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUN. Ertinya: Kita berasal dari Allah, dan kembali kepada Allah.
No comments:
Post a Comment