Kehadapan Ayahnda TGHS serta semua ahli keluarga group AL HAQQ, semoga sentiasa berada didalam rahmat Allah. Begitu juga dengan semua ahli keluarga group WUJUD dan group MENGENAL DIRI, serta pada semua group group yang lain juga, semoga sentiasa berada didalam lindunganNya. Adapun saya pada kali ini, ingin berkongsi sedikit mengenai perkara tentang ilmu makrifat.
Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.
Sahabat sahabatku semua yang dirahmati Allah sekalian. Seandainya ilmu makrifat itu, bukan termasuk didalam hadis, tidak ada hadis mengatakan wujudnya cabang ilmu makrifat. Dizaman junjungan Baginda Rasulullah dulu, tidak ada yang dinamakan cabang ilmu makrifat.
Adapun jika disebut perkataan ilmu mengenal Allah, itu semua orang tahu, yang bahawasanya ia wujud sedari zaman bermulanya makhluk. Namun jika disebut perkataan MAKRIFAT, semua orang akan menyifatkannya (menuduh) tidak wujud atau ilmu yang tidak ada nas, ilmu salah, ilmu sesat dan ilmu terpesong.
Kita selalu salah sangka bila menyebut perkataan ILMU MAKRIFAT, tergambar difikiran masyarakat kita bahawa ianya tidak mengikut hadis, dikatakan ilmu sesat dan dikatakan ilmu songsang. Sayangnya bila mana disebut perkataan ILMU MENGENAL ALLAH, ianya dibolehkan. Sedangkan kedua duanya adalah membawa maksud yang sama, cuma satunya menggunakan bahasa arab dan satunya menggunakan bahasa melayu.
Bilamana disebut perkataan ilmu mengenal Allah, beranikah kita menyangka ianya ilmu sesat, ilmu salah atau ilmu songsang?. Makrifat itu bahasa arab, bilamana dialih bahasa kedalam bahasa melayu, jadilah ertinya MENGENAL ALLAH. Apakah mengenal Allah itu sesat. Apakah mengenal Allah itu salah dan apakah mengenal Allah itu ilmu songsang?. Kenapa harus banyak prasangka buruk terhadap ilmu makrifat?. Yang salah, sesat dan yang songsang itu, bukan ilmunya tetapi yang salah, sesat atau yang songsang itu adalah ORANGNYA, bukan ilmunya.
Ilmu mengenal Allah itu, adalah benar dan betul, masyarakat kita hari ini sepatutnya mengubah CARA BERFIKIR TENTANG ILMU MAKRIFAT secara rasional.
Apakah ilmu makrifat itu berpunca dari zaman Rasulullah?.
Para sahabat bertanya kepada Baginda Rasulullah: Ya Rasulullah, amalan apakah yang lebih utama?.
Rasulullah menjawab: Ilmu mengenal Allah.
Para sahabat bertanya kepada Baginda Rasulullah: Amalan apakah yang Baginda kehendaki?.
Rasulullah menjawab: Ilmu mengenal Allah.
Para sahabat bertanya: Kami bertanya tentang amal tetapi Baginda menjawab tentang ilmu.
Lalu Baginda Rasulullah menjawab: Bahawasanya sedikit amal itu, adalah bermanfaat (memadai) bilamana disertai dengan ilmu mengenal Allah dan bahawasanya banyaknya amal, tidaklah mendatangkan manfaat, bilamana tidak disertai dengan ilmu mengenal Allah...(Riwayat Ibnu Birr dari Anas R.A).
Ini mengambarkan dan mengkhabarkan kepada kita bahawa ilmu makrifat (ilmu mengenal Allah itu), adalah ilmu yang mula mula, ilmu terawal, ilmu pertama dan ilmu terkehadapan sekali berbanding ilmu ilmu lainnya.
Sayangnya tidak ada orang yang mahu mengerti. Maka terpinggirlah ilmu makrifat dari persada dunia sehingga kehari ini, tidak diambil perhatian oleh kebanyakan orang. Jika ada sekalipun, ianya mendapat tentangan, kritikan dan tomahan yang hebat.
Bagaimana kaedah diri orang yang berilmu makrifat?.
Orang makrifat (mengenal Allah) itu, adalah mereka mereka yang berserah diri kepada Allah Taala. Selagi kita tidak berserah diri kepada Allah, selagi itulah orang itu tidak akan sekali kali dapat mengenal Allah. Orang yang mengenal Allah itu, adalah hanya mereka mereka yang TAHU berserah diri kepada Allah.
Firman;
Hai orang orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dengan sebenar benar taqwa dan janganlah kamu mati, melainkan dalam keadaan berserah diri kepada Allah..(Ali Imran:102)..
Ertinya disini, marilah bermula dari sekarang, sama samalah kita belajar berserah diri kepada Allah. Sebelum belajar berserah diri, hendaklah terlebih dahulu mengenal diri. Setelah diri dikenal, barulah boleh untuk berserah diri. Selagi belum mengenal diri, selagi itulah kita tidak akan dapat berserah diri kepada Allah. Selagi tidak berserah diri kepada Allah, selagi itulah tidak dikatakan beriman kepada Allah. Barangsiapa tidak berserah diri kepada Allah, kepada siapa diri mereka, mereka serahkan?. Setelah berserah diri, barulah dikatakan kita itu seorang yang beriman. Untuk itu, mari kita sama sama bertanya kepada diri masing masing, sudahkah kita berserah diri?.
Saya mahu tuan tuan tanya diri tuan tuan sendiri. Saya mahu tuan tuan berhenti membaca. Sekarang saya mahu tuan tuan bertanya kepada diri tuan tuan sendiri, samada bertanya dengan bersuara atau didalam hati, SUDAHKAH TUAN TUAN BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH? dan sekiranya jawapan tuan tuan berpihak kepada sudah, tanyakan lagi sekali, APAKAH TUAN TUAN SUDAH BELAJAR BAGAIMANA CARANYA ILMU UNTUK BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR BENAR BERSERAH DIRI?.
Jika kita berserah diri selain daripada Allah, hukumnya adalah syirik, syiriklah kita kepada Allah (karena telah menduakan Allah). Jika tidak syirik kepada Allah, tanya kepada diri kita, kepada Allah manakah kita serahkan diri, SEDANGKAN ALLAH YANG SEBENAR BENAR ALLAH TIDAK KITA KENAL?. Jikalau sebenar benar Allah tidak kita kenal, kepada Allah manakah kita berserah diri?.
Apakah maksud dan apakah erti berserah diri?. Berserah diri itu, adalah seumpama mati sebelum mati atau seumpama tidur. Contohnya seumpama DIRI KITA DENGAN BAYANG. Sebenarnya diri kita itu, adalah seumpama bayang diri yang didalam cermin. Bayang diri kita yang didalam cermin itu, itulah yang diibaratkan dengan diri kita (benda mati).
Mulai dari hari ini, jam ini, saat ini dan sekarang diketika membaca ini, sama samalah kita jadikan diri kita ini mati, mati sebagaimana sifat bayang diri kita yang didalam cermin.
Orang yang bersifat mati atau bersifat sebagaimana bayang itu, adalah orang yang tidak lagi berkehendak, melainkan yang berkehendak itu, Allah. Orang yang bersifat mati (bayang) tidak lagi boleh melihat, melainkan yang melihat itu, Allah. Tidak lagi boleh nampak untuk memandang, melainkan yang nampak dalam pandangannya itu, Allah. Tidak lagi boleh membaca, melainkan bacaan dan membaca itu, Allah...
Hadis:
Ada seorang memuji ahli ibadat dengan berkata: Tentulah sipolan itu, ahli syurga karena dia sentiasa solat tepat pada waktunya, puasa sunat tidak pernah ditinggalkan, setiap malam jumaat membaca Al Quran dan bangun tengah malam untuk beribadat. Menjawab Baginda Rasulullah: Tidak, Dia ahli neraka. Seluruh ibadahnya lebur karena dia mempunyai akhlak yang buruk karena dia suka merosakkan orang lain dengan lidahnya. Ibadah yang sakan itu, tidak menjamin kita masuk syurga. Terlalu banyak penegasan Allah didalam Al Quran bahawa yang masuk syurga itu, adalah orang orang yang beriman dan beramal soleh. Salah satu ciri amal soleh itu, adalah perkara BERSERAH DIRI kepada Allah.
Akhir kata..
Ilmu makrifat itu, biar apapun ilmu yang diperbincangkan, semuanya berlegar disekitar penyerahan diri. Apapun ilmu yang diperbincangkan, semuanya berbalik kepada ilmu menyerah diri, iaitu ilmu mentauhidkan Allah swt, setelah ketiadaan diri.
Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh kepada sahabat sahabat yang memberikan salam. Terima kasih semua diatas segala perkongsian ilmunya disini. Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.
Aamiin Ya Allah.
ZAINI ZAKARIA.
GROUP: AL HAQQ
C.C: AYAHNDA TUAN GURU HAJI SHAARI BIN HAJI MOHD YUSOF..
No comments:
Post a Comment