Saturday, 11 June 2016

doktor

Seorang doktor memasuki hospital dalam keadaan tergopoh gapah selepas mendapat panggilan kecemasan bagi melakukan pembedahan. Dia menjawab panggilan telefon itu dengan segera, menukar pakaiannya dan terus bergegas ke unit kecemasan.

Dia menemui ayah kepada remaja lelaki itu, sedang mundar mandir di hadapan bilik pembedahan. Setelah terlihat doktor itu, lelaki itu menjerit,  

 _"Kenapa kau ambil masa yang lama untuk datang? Kau tak tahu ke nyawa anak aku dalam bahaya? Kau tak ada rasa tanggungjawab ke?!"_

Doktor itu tersenyum dan berkata,

 _"Saya minta maaf, saya tidak berada di hospital dan saya datang secepat mungkin yang saya boleh selepas saya menerima panggilan kecemasan...dan sekarang saya berharap encik boleh banyakkan bersabar supaya saya boleh buat kerja saya,"_

_"Sabar kau kata? Cuba kalau anak kau yang sedang bertarung nyawa dalam bilik tu sekarang, kau rasa kau boleh sabar ke? Kalau sekarang anak kau mati, apa yang kau akan buat?"_ tanya si ayah dengan marah.

Doktor itu tersenyum lagi dan membalas,

_"Doktor tidak dapat memanjangkan usia. Solat dan berdoalah untuk anak encik, kami akan berusaha sedaya upaya dengan izin Allah,"_

_"Bagi nasihat dekat orang lain bila kita tiada masalah senang je,"_perli si ayah lagi.

Pembedahan yang dilakukan mengambil masa beberapa jam dan selepas itu doktor tersebut keluar dari bilik pembedahan dengan gembira.

_"Alhamdullilah, anak encik selamat!"_ dan tanpa menunggu si ayah membalas, dia berlari keluar hospital sambil berpesan,

 _"Kalau encik ada soalan, tanya nurse ya!"_

_"Kenapa sombong sangat doktor ni? Tak boleh ke dia tunggu sebentar untuk aku bertanyakan keadaan anak aku?"_ si ayah bersuara, tidak puas hati apabila terlihat seorang jururawat keluar menghampirinya.

Jururawat itu membalas, dengan air mata yang bercucuran di pipinya,

_"Anak doktor itu meninggal semalam dalam satu kemalangan jalan raya. Ketika arwah dimandikan kami menelefon beliau untuk pembedahan anak lelaki encik. Dan sekarang, selepas menyelamatkan nyawa anak encik, dia bergegas pulang untuk majlis pengebumian anaknya,"_

🌾*Andai kita terlalu celik melihat dosa manusia, kita bakal buta terhadap silap diri sendiri.* _Stop judging._

No comments:

Post a Comment