BERSEDEKAHLAH UNTUK MENGELAK MEMBAZIR
Saya telah melaksanakan projek sedekah jariah barangan terpakai dihadapan rumah saya sejak 3 tahun yg lalu.(lihat gambar).Kaedahnya siapa shj yg ada barangan terpakai yg masih elok dan boleh digunakan,serah kpd saya untuk saya pamerkan dan disedekah kpd orang ramai,contoh pakaian,kasut,unifom sekolah,unifom tempat kerja,perabut,alatan dapur,mainan kanak-kanak,alat letrik dsbnya.Tujuan projek ini ialah untuk mencegah membazir kerana benda yg kita telah tidak guna akan rosak jika disimpan,itu membazir,lebih baik beri pd orang utk dimanfaatkan.Kedua projek ini mendidik bersedekah walau dg barangan yg kita telah tidak mahu guna,moga suatu hari mereka akan bersedekah dg benda yg mereka sayangi seperti disuruh oleh nabi.Akhirnya projek ini akan membantu golongan yg memerlukan walau dari bahan yg orang lain sudah tidak mahu gunakan.
Hantarlah kpd saya di whatsapp 0192311900. utk dihantar location atau utk pertanyaan lanjut.Projek ini telah membantu ramai orang dan telah berjuta pakaian khusnya bertukar tangan.Adalah diingatkan mereka yg menghantar pakaian supaya melipat dan meletak secara berpasang,dibersih terlebih dahulu.Jangan hantar bagai sampah,direnyok,disumbat,ingatlah ini sedekah jariah yg merupakan ibadat kerana Allah,ini bukan buang sampah.Serahkan barangan kedlm kawasan rumah,bukan ditinggal diluar.Siapa yg menghantar barangan bagai membuang sampah,kami akan layan buangannya seumpama sampah.
Saya menyeru seluruh masyarakat dan organisasi termasuk masjid dan surau agar menggerakkan usaha sebegini untuk kebajikan masyarakat.Ada pihak yg terelak dari membazir,ada pjhak yg mendapat faedah barangan dan ada pihak yg belajar bersedekah.Jika individu,buatkan di hadaoan rumah,di sisi kedai,jika masjid,ambil satu parking lot utk projek ini,siapa nak bersedekah,bawa ketempat tersebut.Bahkan sekolah pun boleh diujud projek ini atas usaha Pibg atau badan kebajikan utk membantu pelajar yg miskin.Berhentilah dari bercakap pandai,buat tak pandai bahkan tak mau bertindak.Jangan hanya jadi tukang cerita,jadilah pelakonnya.
Kita selalu bertindak bila ada kes miskin sana sini,disiar dlm akhbar,dlm fb,padahal yg miskin dan memerlukan berlambak dlm masyarakat tetapi mereka tidak munculkan diri,terasa malu.Jika ada pusat sebegini,mereka ada tempat mencari keperluan.secara senyap.Saya sudah menyaksikan begitu ramai yg mengunjungi projek saya,bahkan ada diantara mereka mencari baju raya diprojek ini.Jika anda atau organisasi ingin memulakan projek begini,saya boleh membantu dimana yg boleh.
Jangan buang apa yg anda telah tidak mahu,kerana ada orang masih mahukannya.Gunakanlah setiah sesuatu hingga kehujungnya,gunakan setiap rezeki Allah pada kita hingga titisan yg akhir dg cara bersedekah sesuatu yg kita sudah tidak perlu.Jika pihak kerajaan menubuhkan projek sebegini disatu daerah sebuah,saya rasa lebih baik lagi dari memberi Brim setahun sekzli kerana dipusat sebegini berbagai bahan boleh bertukar tangan yg nilainya bukan rm500 setahun.Unifom sekolah sahaja mungkin telah melebihi jumlah itu jika ada dua atau tiga anak bersekolah,sedangkan dipusat begini,unifom sekolah boleh bertukar tangan cara percuma.Lagipun sasaran membaiki taraf hidup golongan memerlukan lebih menepati sasaran.Siapa yg ada pengaruh,cadangkan kpd kerajaan,YB,Menteri.
Selain barangan terpakai,saya juga menyediakan wakaf air bertapis dimana air paip ditapis dg penapis qualiti tinggi,disimpan dlm tangki dan dikeluarkan beberapa paip untuk diambil orang ramai 24 jam tanpa had,tetapi tidak boleh diguna untuk niaga.Matlamatnta ialah untuk memberi air yg lebih baik,bersih untuk kepentingan kesihatan penduduk kerana kebanyakan mereka tidak mampu membeli penapis air.Saya rasa ini satu projek yg lebih baik untuk menangani masalah kesihatan penduduk.Lagipun nabi menyebut antara sedekah yg baik adalah memberi minum.Jika anda ada penapis air dirumah yg dibeli beribu rm,kongsikanlah dg masyarakat sekitar yg memerlukan.Berapa sangat bil airnya berbanding janji nabi dan ganjaran disisi Allah.Jika kita berbimbang soal kesihatan diri,apakah kita tak berbimbang kesihatan jiran tetangga yg tidak mampu.Tetaplah kita dikata mementing diri bila hidup bagai enau dlm belukar,melepas pucuk masing-masing.Fikir diri sahaja,orang lsin mampuih pi,bimbang diakhirat Allah biarkan dia sendirian.Diramadan ini,berbagai aktiviti sedekah ditambah diprojek ini antaranya sedekah kanji(bubur lambuk),kuih,minuman,ais cube dsbnya.Bagi mereka yg mengikuti fb saya,saya juga menganjur pakatan bersedekah secara beri sumbangan kpd saya,saya akan buat berbafai projek sedekah dan diupdate di fb tiap hari.Jika snda percsya dan yakin kpd saya sahaja,sertailah untuk bersama berbimbing tangan saling membantu ke syurga.
Saya bercerita bukan untuk riak,menunjuk tetapi untuk mengajak semua orang.Saya hanya akan berkata sesuatu yg saya telah buat,saya tidak suka cakap tidak seperti bikin.Saya tidak pun bertambah miskin,walau sudah pencen,walau sakit rosak buah pinggang.Anda nak kata sibuk,saya juga mengendali bisnes catering dg 20 pekerja bergaji bulan,menulis dlm fb tiap hari hingga buat buku,melaksana projek kebajkan bersama rakan fb dsbnya.Soalnya,mahu atau tidak.Berhentilah memberi alasan untuk tidak melakukan tetapi carilah ruang untuk melakukan.Plan to work,rancang utk buat bukan rancang utk tidak buat.abdghaniharon.
Cstatan:Saya mempromosi semula projek ini untuk makluman mereka yg baru menhadi rakan fb saya.
No comments:
Post a Comment