Saturday, 11 June 2016

kedekut

Ikhlas tapi jauh bukan kedekut tapi sayang je hu hu
Apa maksud kedekut ni? Bagi aku kedekut ni samalah macam tak nak bagi lansung sama ada barang, kasih sayang atau apa-apa sajalah. Takut benar nak kongsikan dengan orang lain akan kemewahan, ilmu atau segala macam bentuk kebaikan dengan orang lain. Itu yang kadang di panggil bakhil atau lokek. Orang begini takut benar akan apa yang dia ada itu akan berkurang dan luak terus.
Orang yang takut nak menderma, membayar zakat, memberi pertolongan dengan kudrat yang ada boleh aku kategorikan sebagai kedekut. Ha..ha.. suka-suka aku je kan kata orang begini dalam kategori kedekut. Maksud aku dia tidak mahu memberi sedikit pun tanpa alasan yang munasabah.
Bagi aku jika kita kedekut, maka rezeki pun kedekut dengan kita. Kadang bila kita memberi dengan hati yang ikhlas, maka setidak-tidaknya ganjaran pahalalah yang kita perolehi. Lebih seronok lagi bila Allah gantikannya dalam bentuk keuntungan yang lain sama ada kita menerimanya dalam bentuk material, pertolongan dari orang lain atau pun kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan sehari-hari.
Orang tua-tua ada berpesan, memberilah dalam keadaan kita susah. Insyaallah yang susah itu akan beransur menjadi senang.
Bagaimana dengan mereka yang suka berkira pula? Ia terbahagi kepada kategori baik dan juga menjengkelkan. Bermakna ada baik dan ada pula buruknya.
Berkira sangat pun kadang termasuk juga sedikit dalam kategori kedekut. Memberi tetapi dalam bilangan yang sangat sedikit atau cukup-cukup saja. Hati pula jauh dari keikhlasan semasa memberi. Ikhlas tapi jauhlah tu.
Namun ada juga berkira kerana dia berhemat dan teliti. Tidak suka pada pembaziran dan mendidik ke arah lebih berdisiplin. Inilah yang baiknya namun kerap juga disalah erti oleh orang lain yang tidak memahami.
Berbelanja mengikut keperluan dan bukanlah mengikut nafsu semata-mata. Kadang dia perlu memberi sedikit sahaja sama ada dari segi harta atau tenaganya kerana dia perlu pula mengagihkan ke tempat lain pula. Maka sebab itulah dia terpaksa berkira.

No comments:

Post a Comment