NYATAKAN ALLAH
Akhir belajar ilmu hakikat / makrifat mesti NYATA ALLAH. jika tidak masih lagi duduk di atas perjalanan. Ni yang dikatakan perjalanan yang tak sampai2. Belajar 10 tahun. 20 tahun. 30 tahun. 40 tahun. 50 tahun. Tau2 dah innalillah........
Umpama bawa kereta mencari kawan. Bawa kereta ke sana ke mari. Pergi sana tanya. Pergi sini tanya. Berjalan lagi lagi lagi dan lagi. Sebut nama kawan tu di merata2. Orang yang kita tanya pun sebut juga. Kenapa kita cari lagi, sebab orang yang kita cari belum nyata. Kalau orang yang kita cari dah nyata. Adakah ada perjalanan lagi. Tak ada.
Maka itulah NYATA/KENAL. Allah kata aku sangat terang . Kalau kamu kata cahaya matahari itu terang, terang lagi aku. Kenapa kamu tak nampak. kalau dah nyata/kenal barulah dikatakan INGAT.
mana boleh kita ingat sesuatu yang belum nyata. Umpama. Kita pernah sampai ke suatu tempat. Bermakna tempat tu dah nyata pada kita. Barulah kita ingat tempat itu.
Macam mana nak ingat ALLAH setiap detik. Jika yang empunya nama ALLAH belum NYATA. Jika yang nyata hanya nama nya.
ingat kepada Allah bukanlah pada hanya menyebut namanya. Tak sebut pun tak apa.
Sedang makan. Sedang tidur. Sedang bercakap. Sedang ketawa. Sedang pengsan. Sedang lain2 lagi dalam ingat kepada Allah selepas nyata dia.
Amiin. Semoga Allah memberkati kita semua. InsyaAllah.
" La Ya Zuk Wala Ya Ariff"
Yang menikmatinya sahaja yang merasainya"
Yang menikmatinya sahaja yang merasainya"
Orang2 sebegini tidak ada dalil yang hendak di buktikan , tidak ada contoh untuk dipamerkan dan tidak ada tafsir untuk dilafazkan.......
Hanya orang2 yang menikmati saja dapat merasai akan manis , tawar, pahit dan masamnya air yang diminum....... Dia sahaja yang mendapat jawapan kepada dirinya sendiri dan tidak tahu bagaimana hendak dikhabarkan kepada orang lain.......
Golongan ini adalah mereka yang mempunyai ilmu yakin dan ilmu percaya....... Percaya dengan sebenar percaya dan yakin dengan sebenar yakin iaitu tahap Ainul Yakin dan Haqqul Yakin..
No comments:
Post a Comment