Monday, 20 June 2016

kalam

Semoga Allah merahmati dan memimpin kamu dan aku kepada jalan Makrifatullah yg sebenar

Orang yg telah benar-benar Wasil(Makrifatullah) tidak berhajat lagi kepada pengesahan manusia, kerana dia telah mendapat pengesahan daripada Allah, Tuhan sekalian alam

Cinta Ilahi dalam kota Allah, bersenang-senanglah engkau didalam kamar rahsia Allah bersama Allah, tiada sesiapa yg dapat mengganggumu

Dunia dan akhirat akan cemburu kepadamu, namun cemburu Tuhan lebih kuat dan Maha Perkasa

Jagalah hati dan akalmu, jangan dibiarkan selain Allah menghijabmu, antaramu dan Allah

Salam Sejahtera dan Rahmat Allah keatas kamu dan aku

- BUTA SELAIN ALLAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Abu Hurairah menceritakan, Nabi Muhammad saw bersabda , "Seorang yang beriman; sama ada lelaki atau perempuan, akan sentiasa diuji oleh Allah. sama ada ujian itu terkena dirinya sendiri, anaknya ataupun hartanya. sehingga dia bertemu Allah dalam keadaan tidak mempunyai satu dosa pun."

HR Tirmidzi - Hadis hasan sahih .

No comments:

Post a Comment