Bila nabi nak berperang di badar, datang seorang pahlawan musyrikin..seorang yang hebat. Nak jumpa nabi..maka bergembira para sahabat. Dia ikut nabi kerana nak perang sahaja..Dia nak ikut nabi, nabi tanya " awak dah islam?"...belum katanya.. Nabi kata tak boleh. Dia ikut lagi..Nabi tanya lagi "awak dah islam?"..dia kata belum..Nabi kata "saya tak perlu kepada orang bukan islam"..akhirnya dia masuk islam. Nabi kata "boleh ikut".. padahal dalam peristiwa fathu makkah Nabi menerima bantuan orang bukan islam. Tapi dalam perang Badar ini nabi tolak pertolongan orang bukan islam. Ini kehebatan Badar. Untuk membezakan perjuangan Islam dan perjuangan yang lain. Untuk menyatakan bahawa kerjasama dengan orang bukan islam, bukan kerana nak menang. Nak menang, kemenangan daripada Allah. Kerjasama dengan orang bukan Islam untuk dakwah. Bukan mengharapkan kemenangan dari mereka. Perang Badar ini pertamanya, menentukan aqidah perjuangan. Kedua, Perlawanan antara haq dan batil. Ketiga, pertolongan Allah.
Petikan kuliah Zohor TG Presiden
No comments:
Post a Comment