*Kaifiat mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Imam Al-Ghazali*
Kaedah mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Iman Al-Ghazali;
· Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-29.
· Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-21.
· Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-27.
· Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-25.
· Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-23.
Berkata Sheikh Abu Hassan seorang ulama' "Selama baligh ku tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan kaedah yang tersebut ini."
Walaubagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Ini sebagai panduan, Imam-imam yang lain ada kaedahnya yang tersendiri mengikut pengalaman mereka.
Pandangan Imam Syafi'i; malam Lailatul Qadr pada malam ke-21 atau malam ke-23
'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (H.R Bukhari, Muslim, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa baginda saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadr di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25."(H.R. Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)
Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment