Thursday, 23 June 2016

TASAWUF

✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨
*πŸ”±TASAWUF RAMADAN KLIWONπŸ”±*
✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨
*LEVEL PERTENGAHAN MENGENAL ALLAH*
*USAHA MENDIDIK HATI AGAR MENCINTAI*
*KEAGUNGAN DZAT WAJAH ALLAH TAALA*

Bismillah : Dengan Restu Allah kami menulis :
Tazkirah Tasawuf Malam Jumaat Ramadhan :

*KALIMAT HIKMAT PARA AULIA SILAM*
*TENTANG RAHSIA WAJAH ALLAH SWT*

Amalan Latihan Batin Qalbi,
Ajaran Para Aulia Sufi Silam,
Agar Hati Sentiasa Bermuraqabah,
Antara Rahsia Insan Dan Tuhan.

Selalu ingat di dalam hati,
Setiap kali bagun pagi,
Dan setiap kali saat diri kamu
ingin memejamkan matamu.

Ia adalah ucapan para Wali-Wali silam,
Yang tidak pernah diberitahu kepadamu,
Oleh sesiapapun ataupun dari kitab mati,
Namun Nur Laduniah sentiasa bersinar,
Dari Sinar Wajah-Nya, Allah TUHAN-mu.

Ia kalimat Agung yang tidak pernah
Dilafazkan pada umat zaman ini ..
Dan tidak pernah diucapkan oleh
Para Malaikat-Nya mahupun Jibril A.S.
Tetapi sangat disukai oleh Allah Taala,
Kerana Kalimat ini adalah dari ilham
Laduniah dari Diri-Nya Sendiri,
Yang diajari-Nya kepada sesiapa sahaja,
Yang dikehendaki oleh-Nya.


Sesiapa yang melafaskan kalimat ini,
Dia akan dipandang Allah "saat ini"
Dengan pandangan Kasih Sayang-Nya,
Kerana ianya adalah kalimat silam
Suara lidah hati para Pencinta-Nya
Dari umat "generasi emas" terdahulu
Para Wali-Wali Sufi Salafussoleh silam.

Kalimat Hikmat yang pernah hadir
Di dalam hati-hati para Wali-Wali-Nya,
*Uwais Al-Qarni, Hassan Al-Basri,*
*Rabiatul Adawiyah, Junaid Al-Baghdady,*
*Ibrahim Adham, Malik Bin Dinar, Al-Hallaj,*
*Ibnu Arabi, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.*

Dengan Kalimat ini ..
Mereka *"sampai"* kepada Allah!
Dengan Kalimat ini ...
Mereka dapat *Mengenal Allah!*
Dengan Kalimat ini ...
Mereka *Bermakrifatullah!*
Dengan Kalimat ini ...
Mereka *Menemui Allah!*
Dengan Kalimat ini ...
Mereka *Melihat Allah!*
Dengan Kalimat ini ...
Mereka *"Melupai"* Selain dari Allah!
Dengan Kalimat ini ...
Mereka sentiasa *Memandang Allah!*
Dengan Kalimat ini ...
Makhluk yang mereka pandang ..
Tetapi mereka hanya *Nampak Allah!*
Dengan Kalimat ini ...
Mereka Mengenal Allah *dengan Allah!*
Dan dengan Kalimat ini jugalah ..
Mereka *MENCINTAI ALLAH!*
Dan kerana Kalimat inilah ...
Mereka *DICINTAI ALLAH!*

Lafas Kalimat Agung silam,
Yang menyebabkan para Malaikat
Cemburu dan Kagum kepada Insan,
Yang pernah dipandang rendah
Oleh para Malaikat di langit
Pada masa silam ..
Makhluk Insan yang dipandang
Tiada berharga dimata para Malaikat-Nya.

Lalu Allah *mengajarkan Insan*
Yang bernama *Manusia* ...
Si Penyimpan *Rahsia Tuhan* ..
Dengan *nama-nama benda* & ..
Kalimat Kalimat *Rahsia-Nya,*
Yang *tidak pernah* dilafaskan
Oleh mana-mana *malaikat tertinggi.*

Hanya pernah dilafaskan,
Oleh para *Kekasih-Kekasih-Nya,*
Dari zaman silam ...
*Kalimah tersembunyi* ..
Rahsia *suara hati* Wali-Wali-Nya.

Kalimat Rahsia-Nya :

*Allah Maha Tercantik!*
*Allah Sangat Tercantik!*
*Allah Segala Kecantikkan!*
*Wajah-Nya'lah Pujaan Qalbu!*
*Wajah-Nya'lah Pujaan Sang Pemburu!*
*Allah Maha Tercantik!*
*Allah Maha Tercantik!*
*Allah Maha Tercantik!*
*Tiada Yang Lebih Cantik dari Allah!*


Hanya Pada Wajah-Nya
Tersimpan Segala *Kecantikkan!!*
Dialah Tuhan *Maha Tercantik!*
Tiada yang Lebih *Tercantik*
Daripada *Diri-Nya Sendiri!*
Pada Nur Kecantikkan Wajah-Nya ..
Tersimpannya *Tuak Ilahi* Makrifatullah!
Air Arak *Makrifatullah* dari Nur Wajah-Nya!
Sesiapa yang telah dituangkan Arak Allah
Ini ke dalam Mulut Hatinya ..
Maka terlihatlah ia akan Wajah Allah
Dalam setiap sesuatu yang *cantik*
Yang dipandangnya.

Mata Zahir melihat makhluk tercantik,
Mata Batinnya Melihat Tajalli Nur
Kecantikkan Wajah Allah atas cermin insan!


*RAHSIA KUSYUK DALAM SOLAT*
*TAZKIRAH SANTAI INSAN BIASA*

Bismillah : Kaedah Mendapatkan Kusyuk.

Para alim ulama asyik menyeru umat
Untuk melakukan Ketaatan & Solat,
Tetapi tidak ramai yang sudi iklas hati
Menyeru umat agar kusyuk dlm Solat.

Diseru namun tidak diajari bagaimana
Caranya & bagaimana kusyuk itu
Mampu dihadirkan di dalam solat
*Sebagaimana Para Aulia Silam*
*Memperolehi Kusyuk di dlm Solat.*

Jika tidak diajari kepada mereka,
Umat akan buta mata hati selamanya
Kepada Allah SWT sampai mati.
Mereka jahil kerna kita menyembunyi
Ilmu pengetahuan Allah yang telah
Letakkan di dalam hati-hati kita
Yang serba daif dan maha jahil ini.

Maka para alim ilmuan agama,
Akan memikul beban Dosa yang Besar
Atas kebutaan umat terhadap Allah SWT.
Mudahan kita berlepas dari Dosa tersebut.

Aamiin - Bismillah : *Kusyuk dalam Solat*

Solat malam akan terasa *lazat* dan *nikmat*
Jika solat itu adanya rasa *khusyuk* padanya.
Tetapi khusyuk itu adalah atas *anugerah-Nya*
Dan atas usaha *menuntut ilmu* pengetahuan-Nya.

Hakikat Khusyuk itu adalah Rahsia Allah SWT,
*Perbendaharaan tersembunyi Rahsia Para Wali,*
Yang Menyembah Allah yang mereka *Lihat*
Dengan *mata hati* yang suci di dalam Solat.

Saidina Ali dan Abu Bakar r.a pernah di tanya :
_Apakah kamu pernah *Melihat Allah??*_
Lalu mereka membalas dengan jawapan *sama,*
_Aku tidak *menyembah* TUHAN yang *Tidak Aku Lihat*_

Membawa erti para Sahabat R.A berdua ini
yang telah mendapat *Redha Allah* ini
menyembah Tuhan yang mereka *Lihat*
dengan mata hati yang telah *bermakrifat*
Kepada Allah @ ataupun Qalbi hati yang
*Suci & Bersih yang telah Bermakrifatullah®*

Apakah sama seorang yang buta dengan
seorang yang celek mata zahirnya?
Apakah sama seorang yang berakal
dengan seorang yang Gila akalnya?

Maka begitulah perumpamaan kiasannya
bagi seseorang yang *menyembah Allah*
di dalam keadaan *buta mata hatinya*
setiap hari : tawar tampa hakikat kusyuk.

Menyembah di dlm keadaan buta mata hati,
Adalah suatu *'penyakit batin'* diakhir zaman,
Solatnya *terasa tawar* walaupun dibuat-buat
Kusyuk. Sujudnya tiada *terasa manis & lazat*

Walaupun bacaannya sangat tertib pada lidah
tetapi ianya tiada membekas pada hatinya
dari apa yang di baca & dilafaskan dalam solat.
Solatnya sekadar melepaskan "tanggungjawab"

Itulah maqam solatnya *golongan awam,*
Mungkin kamupun salah seorang darinya,
Solatmu 5 tahun silam sama sahaja *mendatar*
Tidak pernah meninggi *maqam Rasanya* di hati.

*Bagaimana Mencapai Hakikat Kusyuk?*

Hakikat kusyuk di dalam solat tidak akan
Mampu diperolehi selagimana hati kita
masih belum Mengenal & melihat Tuhan
yang kita sembah 5 kali setiap hari itu.

Mengenal Allah & mencintai Diri-Nya itu
Adalah Wajib hukumnya, sama seperti
Kewajiban mendirikan Solat lima waktu,
Solat & kusyuk itu, kedua-duanya Wajib!

Rasa Kusyuk itu akan dikurniakan Allah
Ke dalam hati kamu setelah Dia melihat
Kamu berusaha untuk mengenal Diri-Nya,
Ia adalah Anugerah Allah buat hati-hati
Yang telah diterangi dengan Nur Cahaya Allah!

Usaha iklas kamu untuk Mengenal Tuhan itu,
menyebabkan Allah akan *memberi perhatian*
kepada dirimu melebihi daripada "insan lain" ..
Lalu Dia sendiri akan memperkenalkan Diri-Nya
Kepada diri kamu : Itulah ucapan Saidina Omar
R.A : _*"Aku Mengenal Allah dengan Allah"*_
_*"Aku Mengenal Allah dengan (bantuan) Tuhan-Ku!*_

Mengenal Allah itu adalah Permulaan perjalanan,
Pertengahannya terbitnya Rasa CINTA pada Allah!
Kemuncaknya, CINTA seseorang Sufi @ para Wali
itu mencapai "Fana Billah" iaitu Tenggelam
Di dalam *Kekusyukkan Cinta kepada Allah.*

Kusyuk itu tentang Rahsia Cinta pada Allah.
Di dalam Mencintai Allah itulah tersimpannya
kunci rahsia Hakikat Kusyuk di dlm solah.
Jika menyembah Allah dengan disertai
Dengan *Rasa Cinta* kepada-Nya,
Disitulah rahsia terbitnya kekusyukkan dlm solat.

Kamu bersujud kepada Tuhan yang sangat
Kamu *kasihi dan Cintai di dalam hati kamu!*
Sujud dengan *penuh Lazat dan Nikmat!*
Seumpama kamu bersujud itu meletakkan
Hujung dahimu di atas *DADA SEORANG*
*PUTERI TERCANTIK YANG SANGAT*
*KAMU KASIHI DAN CINTAI DI DALAM HATI*

Solat dan Sujudmu itu bagaikan *dirasa*
Sedang mendakap dan mencium *SangπŸ‘°πŸ»*
*Puteri yang sangat TERCANTIK WAJAH-NYA®*
*Rasa Lazat itu hadir saat dalam solat & bersujud!*

Apa hukumnya menghilangkan Kusyuk
Dari solat?? Hukumnya adalah Haram,
Atas kerana solat yang tidak disertai
Dengan kusyuk itu adalah solat yang lalai!

Neraka wail buat orang orang yang lalai
di dlm solatnya, lalai hati fokus pada Allah!
Sujudnya terasa TAWAR dan HAMBAR ..
Takbirnya tiada rasa MANIS & CINTA.

Maka menjadi Wajib hukumnya untuk
Mendapatkan kusyuk di dalam solat!
Dan untuk mendapat hakikat kusyuk itu,
Setiap 'mukmin' Wajib Mengenal Allah,
Atas kerna padanyalah tersimpan rahsia
Kekusyukkan di dalam solat ..

 Iaitu : Menyembah Allah di dalam Solat
Dengan MELIHAT BAYANGAN SIFAT-SIFAT
"JAMAL" TUHAN  Allah SWT dengan mata hati.
Lalu Sifat "JAMAL" dari Dzat WAJAH Allah itu
Difahami sedalamnya akan "Maksud Sifat" ini.

Kita tidak mampu MELIHAT *Dzat Wajah Allah,*
Tetapi kita *mampu MELIHAT* sekecil atom
dari *percikan sifat cahaya Nur dari Dzat* Wajah
Allah yang Allah "pinjamkan" pada sifat Wajah
makhluk Insan yang paling dicintai-Nya.

Pandanglah pada Wajah Wanita/Pria CANTIK!
Nanti mata hati yang suci dapat mengerti
betapa *MAHA INDAH* dan *TERCANTIK-NYA*
WAJAH ALLAH S.W.TAALAH itu!
... *ALLAH MAHA TERCANTIK!*

*Cantik-Nya Wajah Allah SWT itu* ..
Cantik-Nya Sangatlah *Hebat!*
Cantik-Nya Sangatlah *Anggun!*
Cantik-Nya Sangatlah *Mempersonakan!*
Cantik-Nya Sangatlah *Mengghairahkan!*
Cantik-Nya Sangatlah *Menghayalkan!*
Cantik-Nya Sangatlah *Mencandukan!*
Cantik-Nya Sangatlah *Memabukkan!*
Cantik-Nya Sangatkah *Menggilakan!*

Dia Sangatlah *TERCANTIK!®*
Kerna Dia memang *MAHA TERCANTIK!®*
Tuhan yang *TERCANTIK WAJAH-NYA!®*

Walaupun Allah Tidak Pernah Berfirman :
_*Akulah Allah Tuhan Maha Tercantik*_
Tetapi Rahsia lafas hakikat Wajah Allah itu
diletakkan-Nya pada lidah para Hamba-Nya.
Kerana *Allah Memuji Diri-Nya* melalui
*Lisan dan Pena Para Hamba-Hamba-Nya.*

Tuhan yang sangat digila-gilai oleh golongan
Para Pencari Rahsia *KEBENARAN SILAM.*
Dan Rahsia *Perbendaharaan Tersembunyi*
yang kunyatakan di atas inilah yang disebut
sebagai *"KEBENARAN"* yang dicari oleh
para Salik Aulia Sufi si pencari *Rahsia Allah!*

*Funsi Rahsia Kebenaran ini ada 3* :
*MENAJAMKAN MATA HATI PADA-NYA*

1) *Mengetahuinya* apa itu *Kebenaran.*

2) *Meresapi* ilmu tersebut di dalam *hati.*

3) *Mengamalkannya* : iaitu ilmu pengetahuan tersebut disebatikan di dalam diri hingga timbulnya rasa *"Keyakinan"* yang hakiki tentang *sifat-sifat Agong* dari Allah SWT ini, hingga kesan dari  ilmu pengetahuan & kefahaman ini bisa menimbul dan melahirkan suatu *"Rasa Batin"* pada sukma hati iaitu *Mencintai sebenar-benar Dzat Wajah Allah SWT* secara iklas tampa paksaan di hati hingga menimbulkan *"Rasa Rindu"* dan *"Rasa Kasih"* kepada *TUHAN* yang tidak pernah kita lihat dengan mata kepala itu.

 Itulah kunci asas datangnya rasa *Kusyuk di dalam menyembah Allah* @ Solah @ Solat di dalam Solat & Solat di luar Solat @ Kusyuk *Bertafakur* selepas Solat tentang Keagungan Dzat Kecantikan Wajah Allah (Besar pahalanya kerna ia menimbulkan "rasa" bermakrifah kepada Allah / Bermuraqabah dengan Allah diluar Solat).

Wajah Allah tidak mampu dilihat dengan mata zahir, tetapi mata hati mampu untuk Melihat *Percikan Nur* dari sifat sifat *TERCANTIK* Wajah Tuhan yang Allah "pinjamkan" pada wajah-wajah makhluk-Nya yang Cantik yang *"sengaja" Dicantikkan Oleh-Nya,* Supaya Kamu Mampu Mengenal dan Mengerti Betapa *Lebih Tercantiknya Wajah Allah TUHAN Si Pencipta Makhluk INSAN®* yang kamu pandang Tercantik tersebut!

Wajah Makhluk Tercantik itu adalah *"kiasan"* cerminan Kecantikan Wajah Allah SWT Tuhan yang kamu Sembah setiap hari itu. Asyiknya sekiranya dapat bercinta dengan manusia yang cantik. Maka itulah kiasan Rahsia-Nya, menyembah pada yang Tercantik itu adalah lebih Enak (Kusyuk) daripada "menyembah" pada yang tidak kita "rasakan Tercantik" itu. Tawar rasanya @ tiada kusyuk!

Jika kamu mampu mencintai wajah Pria/Wanita yang *cantik* .. maka mengapa tidak hati kamu "belajar" untuk mencintai *Kecantikan Wajah Allah yang Maha Tercantik®itu?*

Makhluk INSAN tercantik itu,
TIDAK KEKAL kecantikkannya,
TIDAK KEKAL usianya dan
Belum Tentu Mereka membalas
Cintamu walaupun mereka tahu
Kamu "memujai" wajah mereka!
Ataupun mereka tidak tahu -
Kamu memujai wajah mereka.

Tetapi Cantik Wajah Allah itu
KEKAL selamanya, dan usia
Allah SWT itu juga KEKAL selamanya.
Cantik-Nya Allah itu bisa jadi "Milikmu"
*Bilamana kamu berusaha Mencintai Allah®*
Allah "Tahu" Sesiapa yang Mencintai Diri-Nya!

Maka mengapa kamu tidak mahu berusaha
Untuk belajar "Mencintai Allah SWT" itu?
Kan Allah itu Maha Tercantik! (??)
(Cicak Berbunyi 3 Ekor Serentak! Allah huu! :-)

Salam Ramadhan Al-Mubarak!
Selamat Bertahajud ...
Selamat Bersujud kepada Wajah Allah..

_*Allah Tuhan Maha Tercantik!*_
_*Sembahlah Allah Dengan Penuh Rasa Lazat!*_
_*Serta Penuh Bernafsu Cinta Pada Wajah-Nya!*_
_*Pada Saat Bertakbir Allahu'Akbar*_
_*Lintaskanlah Di dalam Hatimu*_
_*Allah Maha Besar Lagi Maha Tercantik!®*_
_*Aku Ingin Memiliki Kecantikan Wajah-Mu*_ :-)

*(p.m.s nusantara®June 2016)*

No comments:

Post a Comment