Pesanan Tok Kenali Kepada Anak-Anak Muridnya
“Jangan kamu mengambil faham akan ilmu yang aku ajar ini”.
“Aku suruh kamu dengar sahaja, jangan mengambil faham atas ilmu yang aku ajar”.
Tok kenali tidak ada kuasa untuk memberi faham.. Yang memberi faham itu Allah S.W.T.
SYARIAT & HAKIKAT
Redhalah dengan apa jua ilmuNya.. Apa Allah lupa dua ilmu USULLUDIN & TASAWUF bersifat lalai dan syirik? DIA tidak pernah lupa.. Cuma kita jua yang sering bersangka².. Penciptaan ilmu SYARIAT itu tidak sesekali memberi kepentingan kepadaNya.. Tidak bertambah mahu pun berkurang kerajaanNya dengan adanya ilmu SYARIAT..
Namun diciptaNya ilmu FIQH itu atas kebaikan para kekasihNya MUHAMMAD.. Yakni kitalah yang bakal merasai nikmat kesemua disiplin keilmuanNya baik ilmu FIQH, USULUDDIN, dan TASAWUF..
Beruntunglah bagi mereka yang telah diberi kefahaman dan penguasaan bagi ketiga² disiplin keilmuanNya.. Itulah ulamak sejati bukan sahaja membawa sifat Ketuhanan dalam dirinya, bahkan menjaga akan pakaian MuhammadNya..
No comments:
Post a Comment