Fakta tentang Kampong Bharu, Kuala Lumpur!
1- Ejaan yang sebenar kampung melayu yang terkenal berada ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur ini adalah Kampong Bharu.
2- Pada asalnya Kampong Bharu ini terdiri dari 7 buah kampung dan kemudian ditambah kepada 3 buah lagi kampung dengan pelbagai tradisi suku yang berbeza iaitu:-
Kampung Periuk - Pelbagai Suku
Kampung Atas A - Suku Mandailing
Kampung Atas B - Suku Minangkabau
Kampung Pasar Minggu - Pelbagai Suku
Kampung Masjid - Suku Rawa
Kampung Hujung Pasir - Pelbagai Suku
Kampung Paya - Suku Jawa
Kampung Pindah - Pelbagai Suku
Kampung Chendana - Pelbagai Suku
Kampung Khatib Koyan - Pelbagai Suku
Kampung Atas A - Suku Mandailing
Kampung Atas B - Suku Minangkabau
Kampung Pasar Minggu - Pelbagai Suku
Kampung Masjid - Suku Rawa
Kampung Hujung Pasir - Pelbagai Suku
Kampung Paya - Suku Jawa
Kampung Pindah - Pelbagai Suku
Kampung Chendana - Pelbagai Suku
Kampung Khatib Koyan - Pelbagai Suku
3- Kampong Bharu adalah penempatan terbesar orang Melayu di pusat bandar Kuala Lumpur yang mempunyai 3 pecahan kategori tanah seperti berikut:-
A. Kawasan M.A.S (Malay Agriculture Settlement) seluas 222.76 ekar (89.70 hektar) mengandungi 7 buah kampung tradisi yang diwartakan pada 11 Januari, 1964. Ia merupakan tanah kurnia hakmilik kekal yang dikenakan sekatan kepentingan. Sekatan Kepentingan secara jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dijual dan/atau tidak boleh diduduki oleh orang Bukan Melayu
B. Tanah rezab Pasar Jalan Raja Bot seluas 44.3 ekar (16.3 hektar) merupakan tanah yang mula dibangunkan sejak tahun 1955
C. Kawasan luar M.A.S yang dimiliki oleh DBKL dan PKNS seluas 40.29 ekar (18.8 hektar) dengan pegangan bebas tanpa sekatan kepentingan.
4- Malay Agricultural Settlement (MAS) ditubuhkan dengan berdasarkan peruntukan Seksyen 3 (1)The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 yang meletakkan urusan pentadbiran dan kawalan Kampong Bharu di bawah kuasa Lembaga Pentadbir MAS.
5- Tanah Kampong Bharu dikurniakan oleh Sultan Selangor, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman) pada tahun 1899.
6- Antara tujuan utama Baginda Sultan mengurniakan tanah ini bagi mengimbangi struktur ekologi Kuala Lumpur pada ketika itu serta tarikan ekonomi terhadap dua kaum utama di wilayah tersebut iaitu Melayu dan Cina.
7- Kongres Melayu pertama diadakan adalah di Kampong Bharu pada 1 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman dan dipengerusikan oleh Datuk Onn Jaafar.
8- Kampong Bharu mempunyai 4 buah sekolah iaitu:-
-Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda Abdul Aziz
-Sekolah Kebangsaan Kampong Bharu
-Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah
-Sekolah Pendidikan Khas Kampong Bharu
-Sekolah Kebangsaan Kampong Bharu
-Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah
-Sekolah Pendidikan Khas Kampong Bharu
9- Kampong Bharu mempunyai sebuah klinik kerajaan iaitu Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Di Jalan Raja Abdullah serta mempunyai sebuah masjid iaitu Masjid Jamek Kampong Bharu yang terkenal dengan julukan Bubur Lambuk pada setiap tahun bulan Ramadhan.
10- Antara peristiwa bersejarah dan penting yang pernah berlaku di Kampong Bharu:-
-Peristiwa hitam 13 Mei 1969
-Banjir besar Kuala Lumpur 1971
-Reformasi 1998
-Banjir besar Kuala Lumpur 1971
-Reformasi 1998
**Gambar peristiwa banjir besar kedua di Pintu Gerbang Kampong Bharu pada tahun 1976 ihsan dari Sdr. Nanom Maranun Mohammed Ali
No comments:
Post a Comment