Allah yg meninggikan sesuatu kaum dgn Islam dan Allah juga yg merendahkan sesuatu kaum dgn Islam bila umatnya beramal tanpa ilmu.
Tidak wajib bagi Allah menolong umat islam. Pertolongan Allah bergantung kpd kadar amalan hambaNya. Pertolongan Allah trhdp umat Islam hari ini pun tidak sepenuhnya kerana umat Islam sendiri pun beramal tidak sepenuh hati. Sebab itu setiap individu Islam tidak sama. Ada yg masuk syurga sprt kilat, ada yg sehari, sebulan, setahun & ada yg ambil masa merangkak selama beribu tahun utk masuk ke syurga.
Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasulallah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t. berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengikuti keyakinan hamba-Ku terhadap AKu, adalah Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku pada dirinya, maka Aku mengingati dia pada diri-Ku, dan jika dia mengingati AKu bersama jamaah manusia maka aku juga mengingati dia bersama jamaah yang lebih baik(para malaikat) . Apabila hamba Ku mendekati AKu sejengkal, maka Aku mendekati dia sehasta. Apabila dia mendekati aku sehasta, maka aku mendekati dia sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."
[HR. Bukhari(7405), Muslim(2675), Riwayat Ahmad, At-Tarmizi, An-Nasai, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi]

No comments:
Post a Comment