Friday, 28 June 2019

peduli

duli asal perkataan peduli. baginda hanya gelaran bagi nabi


Ada orang kata Perkataan "Yang Maha Mulia" tidak sesuai digunakan pada manusia sebaiknya hanya layak bagi Tuhan. Penggunaan perkataan ini boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah meletakkan seorang Sultan setaraf dengan Tuhan.
Masalah ini bukan kerana gelaran Sultan tetapi kerana dari kita sendiri yang kurang Pemahaman dalam bahasa melayu dan malas mengkaji dan mencari.
Tiba-tiba teringat pulak bait lirik lagu Malique
Maafkan mereka...
Mereka tidak tahu...
Mereka tidak ramas buku...
Mereka segan ilmu...
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata...
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa...
Maafkan mereka...
Untuk Pengetahuan umum.
Maksud "Duli Yang Maha Mulia"
-Adapun "Duli" itu maknanya "debu". Makanya "Duli Yang Maha Mulia" itu maknanya Raja yang bertakhta itu walau seluas manapun jajahan takluknya, hanyalah ibarat debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Adapun "Paduka" itu maknanya "selipar" manakala "Baginda" itu ialah baginda Rasulullah SAW.
Maksud "Seri Paduka Baginda"
-Makanya "Seri Paduka Baginda" itu maknanya Raja yang berkuasa itu, meskipun segunung emas sepuluh mutu banyak hartanya, hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah, utusan Tuhan Yang Maha Mulia.
Inilah keunikan dan kekayaan bahasa Melayu.
Kredit : FB Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment