655 Views
Ben Azmi
Mentaliti Ikut Buta Ustaz ~ Kalau Salah, Ustaz Tanggung Dosa
Sebuah analisis.
~~~
Apabila berbicara berkaitan soal agama, kerap kita dengar kalimah "Aku ikut ustaz si polan". Kemudian apabila kita jelaskan ada kesalahan dengan apa yang diikuti, orang itu akan kata: "Kalau salah, ustaz itulah yang akan tanggung.
Saudara, biarlah saya katakan di sini, dalam Islam, tiada konsep pindah akauntabiliti pada orang lain. Setiap orang akan menanggung perbuatan mereka sendiri. Semak semula Quran:
[Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.] [Quran 53:38]
[Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul.] [Quran 17:15]
Semua orang akan menanggung akibat dari perbuatan dirinya sendiri sahaja. Sebab itulah Quran merekodkan pelbagai penyesalan manusia akibat mengikut buta manusia lain.
[Dan mereka berkata lagi: [Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.] (Quran 33:67)
[Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah.] (Quran 9:31)
Berapa banyak ayat dalam Quran yang mengingatkan kita untuk gunakan akal kita, dan berfikir. Bukan ikut buta orang lain. Akhir kata, saya kongsikan nasihat dari guru saya, Imam Ahmed Al-Hasan:
[Wahai manusia sekalian, janganlah kamu diperdayakan oleh ulamak feqah yg sesat dan pembantu-pembantu mereka. Bacalah, kajilah dan telitilah, supaya kamu mengetahui dan mengenali kebenaran dengan sendiri. Jangan sekali-kali kamu wakilkan kepada orang lain untuk menentukan akhirat kamu, agar kamu tidak menyesal di hari yang tidak diterima penyesalan padanya.]
No comments:
Post a Comment